“Tiada yang selamat, mangs4 telah kami temui tapi may*t mereka berkecai…” – Pengarah operasi menyelamat

Malam tadi, viral di media sosial satu rakaman yang memaparkan data penerbangan Lion Air JT610, menunjukkan pesawat itu meningkatkan kelajuan sebelum tiba-tiba hilang dari radar.

Pesawat Boeing 737 MAX itu dikatakan telah diselenggara beberapa bulan lalu namun dipercayai mempunyai masalah selepas hilang dari radar 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta.

Pesawat yang membawa 189 penumpang termasuk anak kapal itu kemudian disahkan terh3mpas di Laut Jawa, beberapa minit selepas meminta kebenaran untuk berpatah balik ke Jakarta.

Menurut Berita Harian, pengarah operasi agensi mencari dan menyelamat, Bambang Suryo Aji memaklumkan bahawa semua penumpang dan kru pesawat Lion Air itu berkemungkinan besar terbuunuh dalam nahas tersebut.

Perkara itu diumumkan selepas mereka menemui cebisan ma¥at ketika operasi mencari dan menyelamat semalam.

Jangkaan saya tiada siapa yang selamat kerana mang$a yang kami temui, ma¥at mereka berke©ai dan sudah beberapa jam, jadi berkemungkinan besar semua 189 orang dalam pesawat itu meningal dunia.”

Setakat ini, menurut Harian Metro, pihak berkuasa Indonesia mengesahkan, cebisan m@yat yang ditemui dari tapak nahas diletakkan dalam sembilan beg may@t, namun tidak pasti berapa ramai manngsa terbabit.

Seramai 150 kakitangan berada di lokasi pencarian dengan 40 daripadanya adalah penyelam, dan menurut pihak berkuasa, pesawat itu tenggelam sehingga 30 atau 40 meter dalam.

Terdahulu, video yang merakamkan lokasi nahas menunjukkan kesan tumpahan minyak di permukaan laut dan gambar menunjukkan apa yang kelihatan gelungsur kecemasan dan serpihan bangkai menunjukkan logo Lion Air.

Syarikat penerbangan mengaku jet itu sebelum ini pernah menjalani kerja pembaikan yang tidak dinyatakan.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Pangkal Pinang, persinggahan untuk pelancong yang mahu ke Belitung, apabila ia terputus hubungan kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.

Masih belum diketahui sama ada warga asing berada dalam kapal terbang itu.

Imej yang dirakam di lapangan terbang utama Pangkal Pinang menunjukkan keluarga penumpang menangis dan berpelukan sesama sendiri, dengan sebahagiannya menjerit: “Oh Tuhan.”

“Pagi ini, dia menghubungi bertanya mengenai anak lelaki bongsu kami,” kata Ermayati, merujuk kepada suaminya, Muhammad Syafii, 45, yang berada dalam pesawat itu.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC), berkata penumpang pesawat itu ialah 178 dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Kementerian Pengangkutan, pada awalnya berkata jumlah penumpang dan anak kapal adalah 188.

Kementerian Kewangan berkata, kira-kira 20 kakitangannya berada dalam kapal terbang berkenaan.

Sebahagian daripada mereka ialah rakan kepada Sony Setiawan, yang sepatutnya turut menaiki pesawat itu tetapi terlepas disebabkan kesesakan lalu lintas.

Marilah kita bersama mendoakan agar usaha pencarian berjalan lancar dan semoga ahli keluarga kesemua mangsa tabah.