Tiga ‘Bintang’ Sensasi Thailand Kini Berada Di Malaysia

Pepatah Inggeris, “don’t judge a book by its cover” adalah salah satu kata yang paling popular di dunia ini. Pada dasarnya, ia bermakna tidak membuat kesimpulan tentang orang berdasarkan cara mereka melihat di luar. Sebaliknya, biarkan mereka mengikut cara mereka bertindak.

Diakui, ini adalah perkara yang sangat sukar dilakukan, terutamanya dengan persepsi peribadi kita tentang kecantikan atau keindahan. Banyak orang dengan cepat menilai orang lain kerana penampilan mereka. Malangnya, ini berlaku untuk wanita-wanita Thailand ini

TIGA bintang sensasi internet dan pelawak terkenal Thailand antaranya dikenali sebagai Happy Polla dan Mader Sitang serta seorang lagi dalam bidang yang sama kini berada di Malaysia.

Mereka akan berada di Malaysia untuk mempromosi sebuah laman web, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci.

Dalam status terbaru Facebook Mader Sitang, dia memuat naik sebuah video ketika berada di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memberitahu bahawa dia sudah tiba di sini.

Happy Polla pula baru selesai membuat promosi di Kota Kinabalu, Sabah dan kini akan bertemu dua lagi rakannya di semenanjung Malaysia.

Sitagsus Bao atau Sitang Buathong atau lebih dikenali sebagai “Mader Sitang” berumur 59 tahun menjadi viral di internet pada mulanya kerana tarian yang dikenali sebagai “head throw dance” tersebar di internet, malangnya dia hanya menjadi terkenal disebabkan perkara itu.

Mader Sitang sebelum ini merupakan seorang peguam profesional, pada umur 40 dia berhenti menjadi peguam dan fokus sepenuh masa dalam bidang mempromosi produk kecantikan dan melakukan gimik tertentu atas jemputan di negara seperti Filipina.

Baru-baru ini, namanya telah menjadi buah mulut rakyat Filipina. Rupa-rupanya, ini adalah kerana beberapa perkara hebat yang telah dilakukannya dari kebaikan hatinya. Berdasarkan beberapa laporan, wanita Thailand ini sebenarnya memberi sumbangan besar kepada Filipina selepas ia dilanda Tauffan Yolannda.

Sebelum ini, kehadiran Happy Polla dalam klip video penyanyi terkenal Hael Husaini menerima kritikan dari netizen yang tidak menyenangi perkara itu.

Tiga 'Bintang' Sensasi Thailand Kini Di Berada Di Malaysia

Hael menjelaskan, dia tahu bahawa ramai pihak tidak menyenangi perkara itu, namun baginya terpulang kepada penonton untuk menilai dari sudut positif atau pun negatif.

“Berkaitan Happy Polla, saya bincang dengan pihak pengurusan dan mahukan seseorang ada unsur ‘humor’ dan ada tarikan yang tersendiri. Maka disitulah munculnya watak dia dalam MV saya. Saya memandang dari sudut profesional dan jika dengan kewujudan Happy Polla boleh menjadi tarikan dalam MV saya, okaylah,” katanya

“Memang orang tak suka dan pandang negatif perkara ini tapi kadang-kadang apa kita buat pun tak semestinya semua orang suka. Malah kalau kita buat perkara kebaikan pun akan ada orang yang kata kita menunjuk.

“Jadi pada saya, benda akan jadi negatif kalau orang pandang ia dari sudur negatif, tapi kalau sebaliknya maka positiflah. Maka ia terpulang pada orang yang menonton nak pandang dari sudut mana,” katanya.