“Untuk Apa Menyokong Penunggang Agama? Dah Susah Nanti Baru Dia Ingat Allah,” – Dr Syahr Musafir

Kisah penghijrahan Safiey Ilias mendapat liputan meluas media dan mendapat perhatian daripada netizen. Ramai netizen yang berdoa agar Safiey Ilias istiqamah dan mendoakan agar beliau diberikan kekuatan untuk terus berpegang teguh pada jalan hijrah yang dipilihnya.

Namun, tahun demi tahun berganti, sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa Safiey Ilias telah kembali ke jalan hitam yang dipilihnya dahulu.

Ini pandangan Dr Syahr Musafir

Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak pernah tengok bukti pasal dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real.

Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang Safiey Illias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah.

Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki.

Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang berubah menjadi perempuan.

Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?

Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

Bukan lelaki kahwin lelaki.

Bukan perempuan kahwin perempuan.

Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.

Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki.

Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.

Saya ulang sekali lagi, lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan selain ini. FULL STOP.

Lelaki p0ndan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pond@n tetap lelaki. Lelaki bukan poondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki ponddan, ini bodoh namanya.

Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Posting terbaru

“Maafkan apit mak dan ayah. Sebab selalu kecewakan mak dan ayah. Maafkan apit sbb apit org kg cakap ‘anak jantan sorg jadi penagih… anak jantan sorg jadi pondan’.

“Maafkan apit sebab xdpt jadi anak yg baik . Semoga segala amal apa yg apit buat mengalir pahala untuk mak dan ayah . Maafkan apit sebab jarang balik kg.

“Terima kasih sebab berkat doa mak dan ayah apit berjaya dalam semua exam dpt A kecuali SPM 8A 1B .

“Terima kasih sebab doa mak dan ayah apit berjaya dalam bisnes . Terima kasih sebab doa mak dan ayah otak apit cepat hafal dan faham apa jua ilmu yg apit dapat .

“Semoga kesabaran mak dan ayah doakan apit berubah one day jadi lelaki ALLAH GANTI DENGAN SYURGA FIRDAUS sebab sabar dengan ujian . Amin.

“Tq ustaz @ebitlew . Malam terakhir esok dh bersurai . Bertemu kerana Allah , berpisah kerana Allah . Itulah manis keluar dakwah.” tulisnya

Sebelum ini, Safiey sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ingin membuat pembedahan membesarkan pa¥udara di Bangkok berdasarkan foto terbarunya yang dikongsi tempoh hari.

Ternyata, tindakan Safiey itu mengundang kritikan netizen yang menganggapnya sebagai mempersendakan agama.

Kemudian Safiey telah memuat naik sebuah foto beserta kapsyen di Instagramnya untuk membalas semula tomahan masyarakat terhadap keputusannya itu.

Dia berkata semasa dia menjadi ‘mak nyah’ dulu, tiada seorang pon yang ingin mengajaknya berhijrah tapi bila dia sudah berhijrah, ramai pula ‘rakan’ baru ingin menumpang ‘glamour’.

Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu

Terdahulu, Safiey telah memuat naik gambar bersama teman lelakinya ketika berada di Bangkok. Mereka dilihat berada di salah sebuah klinik pembedahan plastik dan Safiey seolah-olah sedang memilih silikon di klinik tersebut dengan kapsyen “Final decision ”.

Harap Safiey fikir panjang dululah sebelum nak buat apa-apa. Netizen pula sebaiknya berhenti mengecam tindakan Safiey sebaliknya berusaha menariknya kembali ke pangkal jalan. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Safiey Ilyas.

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni…

Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong, jom kita boikot mereka supaya bila miskin mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT.

Dr Syahr Musafir

Rahimah Ab.Rahman

***

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Safiey terbuka hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.

Hakikatnya semua orang melakukan kesilapan namun jalan taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang meminta. Apa-apapun, kita doakan moga-moga ada hidayah buat Safiey. Janganlah dok kecam je…

Sumber : Syahr Musafir via Islam Itu Indah