(Video) Budak Tiktok Permainkan Warga Emas Minta Sedekah Tampil Memohon Maaf, Dedah Perkara Sebenar

Apa yang anda semua rasa bila dipermainkan oleh seseorang apabila anda perlukan pertolongan? Kalau tak boleh nak tolong cakap je elok elok, tak payah la sampai nak permainkan perasaan orang tu. Kesian la kat dia.

SEORANG lelaki menerima kec4man hebat orang ramai di media sosial selepas bertindak biadap merakam dan mempermainkan seorang warga emas yang meminta sedekah daripadanya.

Video Pemohonan Maaf Di Bawah Artikel

Pengguna Facebook Ramya Ammu telah memuat naik satu klip video menunjukkan seorang lelaki sedang asyik memainkan perasaan seorang pak cik tua yang meminta sedekah untuk membeli makanan. Video itu direkod sendiri oleh lelaki tersebut melalui aplikasi Tik Tok

Selepas beberapa jam dimuat naik di Facebook, video ini mendapat kecaman netizen kerana tindakan pemuda itu tidak sewajarnya berlaku. Netizen beranggapan tindakan lelaki itu seperti manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Tak kira bangsa atau agama, dalam diri kita patut ada adab menghormati orang lain terutama kepada orang yang lebih tua dari kita

INI YANG TERJADI SAMPAI JADI VIRAL

Tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki merakamkan satu klip video menggunakan aplikasi Tik Tok di salah sebuah dobi (lokasi tidak diketahui)

Lelaki yang dikenali sebagai Deni Baadillah berada di dalam dobi dan pada waktu rakaman ada seorang pakcik tua berbangsa india sedang menunggu disitu

Ketika rakaman, lelaki tersebut bertanyakan pada pakcik itu samada dia lapar atau tidak. Memang jika dilihat pada video, sebelum ia dirakam kemunkinan besar pakcik ini sebenarnya sedang meminta sedikit wang untuk makan

Lelaki ini tidak fikirkan perasaan pakcik tersebut lantas merakamkan satu adengan dimana dia mempersenda sendakan pakcik tersebut dengan mengatakan dia pun tiada wang dan dia pun lapar.

Berdasarkan rakaman video, lelaki itu merakam wajah seorang warga emas yang membuat isyarat mahu meminta sedikit wang daripadanya untuk makan.

Dia bukan sahaja tidak mahu memberikan wang malah berpura-pura menangis dan mempersendakan warga emas berkenaan.

“Saya pun belum makan lagi, saya pun lapar belum makan,” katanya sambil berlakon seolah-olah mengesat air mata.

Lelaki itu kemudian bertanya kembali kepada warga emas itu.

“Uncle mahu berapa ringgit?” soalnya.

“Dua ringgit,” jawab warga emas itu ringkas.

“Tadi satu ringgit, sekarang mau dua ringgit,” sekali lagi warga emas itu dipersendakan, namun wang tidak juga diberikan.

Video ini dimuatnaik oleh Ramya Ammu di laman sosial Facebook dan selepas itu ia menjadi tular

“Kalau Awak Tak Nak Bagi Duit, Diam je La B0doh, Kenapa Awak Ambik Video & Boli Uncle tu… Masa I Pergi KL Sentral Pun Ade Org Melayu Tanya duit utk mkn & dia kata lapar, I Ade beli makanan dan bagi duit juga, kenapa u orang buat mcm ni, kalau u tak nak bagi duit jgn la buat video”

Budak TikTok Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Selepas video dia persendakan pakcik tua ini menjadi tular, dia telah memuat naik 1 video pemohonan maaf kepada pakcik itu dan keluarga dan semua rakyat Malaysia

Menurut dia sebenarnya dia memang kenal pakcik india tersebut dan selalu memberi duit atau rokok. Dia tidak menyangka video tiktok dalam bentuk gurauan itu diambil serius rakyat Malaysia sehingga dia diganggu dengan panggilan yang penuh dengan makian

Mari lihat video pemohonan maaf ..

Peringatan untuk semua, hati hati bila nak buat video tiktok ye.. jangan syok sendiri je ..

Sumber dari Mat Bawang