[Video] MotoGP: Hafizh Syahrin Banggakan Malaysia, Valentino Rossi Kecundang Di Sepang

Mengujakan dan membanggakan! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan persembahan yang dipamerkan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang berjaya mengejutkan para penonton di Litar Sepang dalam saingan perlumbaan motosikal terulung dunia itu pada Ahad.

MOTOGP patut berterima kasih kepada Hafizh Syahrin kerana sejak pelumba Malaysia itu direkrut masuk ke kelas premier musim ini, apa saja status Facebook rasmi mengenai rookie itu sentiasa mendapat sokongan hangat peminatnya di negara sendiri, termasuk ribuan dari negara Asia lain, terutama jiran seberang Indonesia.

Malah, status mengenai anak muda asal Selangor itu mudah saja mengalahkan pelumba berstatus ‘king’ seperti adinda Marc Marquez dan kekanda Valentino Rossi.

Pelumba berusia 24 tahun dari Selangor yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 itu melakukan sesuatu yang boleh disifatkan sebagai mustahil dan menakjubkan apabila menamatkan perlumbaan kali pertama beliau di halaman sendiri sebagai pelumba kelas premier MotoGP Malaysia di kedudukan ke 10 dengan catatan masa keseluruhan 26 minit 919 saat.

Walaupun memulakan perlumbaan kali ini di kedudukan paling akhir di petak permulaan, semangat tidak mudah menyerah kalah dan Malaysia Boleh menyaksikan beliau berjaya memotong sebahagian besar pelumba seawal pusingan pertama perlumbaan.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Hafizh berjaya memperolehi 6 mata dan menjadikan mata keseluruhan yang diraih untuk musim 2018 sebanyak 40 mata.

Walaubagaimanapun, hasrat Hafizh untuk mendekatkan jarak dengan pencabar utama beliau bagi kejuaraan Rookie of The Year, Franco Morbidelli tidak kesampaian apabila pelumba tersebut berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 12 dan mengumpul empat mata untuk perlumbaan kali ini.

Dengan hanya berbaki satu perlumbaan sahaja untuk musim ini, kedua-dua pelumba tersebut dipisahkan dengan jarak 10 mata di mana Morbidelli unggul di kedudukan ke 14 keseluruhan manakala Hafizh di kedudukan ke 16.

Dalam perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca panas terik di Litar Sepang pada Ahad, Marc Marquez berjaya meraih satu lagi kemenangan musim ini selepas pendahulu perlumbaan, Valentino Rossi terjatuh di selekoh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Turut menyertai Marquez di podium untuk perlumbaan kali ini adalah Alex Rins dari Team SUZUKI ECSTAR dan rakan sepasukan Hafizh di Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco.

Manakala dalam perlumbaan Moto2 yang berlangsung terlebih dahulu sebelum itu menyaksikan pelumba tunggal negara dalam kategori tersebut, Khairul Idham berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke walaupun bermula di petak ke 25.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘SuperKIP’ di kalangan peminat beliau berjaya memberikan saingan hebat sepanjang perlumbaan 18 pusingan dengan catatan masa 28 minit 802 saat.

Sementara itu, dalam perebutan rookie terbaik, pelumba negara Hafizh Syahrin nyata tidak menghampakan peminat di tanah air apabila menamatkan aksi dalam kelompok 10 pelumba terbaik, iaitu di kedudukan kesepuluh dengan meraih 6 mata berharga.

Namun, pesaing rookie paling hampir, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) pun tidak jauh  ditinggalkan, iaitu di tempat ke-12 dengan mengumpul 4 mata. Jadi, secara keseluruhan, Hafizh masih di belakang Morbidelli dengan beza 10 mata. Cuma keajaiban mampu melakarkan sejarah buat Hafizh di Sepanyol, dua minggu nanti.

KEPUTUSAN GP MALAYSIA 2018

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 40m 32.372s
  2. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 40m 34.270s
  3. Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 40m 34.846s
  4. Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 40m 37.039s
  5. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) 40m 38.562s
  6. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) 40m 43.620s
  7. Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) 40m 47.983s
  8. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 40m 51.381s
  9. Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 40m 55.293s
  10. Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 40m 59.291s
  11. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 1.875s
  12. Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 41m 3.305s
  13. Stefan Bradl GER LCR Honda (RC213V) 41m 7.694s
  14. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* 41m 10.284s
  15. Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 12.047s
  16. Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 41m 14.192s
  17. Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP17)* 41m 16.350s
  18. Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 30.660s
  19. Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 32.563s

  • Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
  • Michele Pirro ITA Ducati Team (GP18) DNF
  • Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) DNF
  • Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF