(Video) Pacuan empat roda terjun kedalam air jadi tular. Menurut saksi, ini punca sebenar kejadian.

SEORANG lelaki dikhuatiri l3mas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, 9.30 malam tadi.

Difahamkan, mang5a, Abdul Bari Arshad, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum kenderaan tersebut diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan terjunam ke dalam sungai.

Menurut saksi kejadian kenderaan tersebut tiba-tiba bergerak sendiri apabila seorang kanak-kanak tertendang tombol gear kenderaan tersebut. Walaubagaimanapun, kesemua 5 orang mangsa, termasuk seorang bayi diberitakan selamat.

Kejadian tersebut berlaku di Pulau Warisan, Terengganu. Didalam video berdurasi 1 minit 39 saat memaparkan kenderaan pacuan 4 roda tersebut ditenggelami air sepenuhnya. Kedengaran suara seorang wanita menangis meminta merayu-rayu memohon pertolongan.

Video pacuan empat roda terjun kedalam air jadi tular. Menurut saksi, ini punca sebenar kejadian.

Melihat keadaan ahli keluarga mangsa yang panik, orang ramai yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam air untuk menghulurkan bantuan.

Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat.

Lima penumpang dalam kenderaan itu turut selamat.

Menurut ibu mngsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.

“Pagi tadi, awal-awal lagi dia sudah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Masitah, beliau hanya mengetahui tentang kejadian itu selepas dimaklumkan suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada 10 malam.

Video pacuan empat roda terjun kedalam air jadi tular. Menurut saksi, ini punca sebenar kejadian.

Selang beberapa minit kemudian, anggota penyelamat terdiri dari pasukan bomba, ambulans dan polis tiba di tempat kejadian. Tindakan pantas mereka harus mendapat pujian kerana mengambil masa yang singkat untuk sampai dan menghulurkan bantuan.

Pihak bomba masih lagi meneruskan pencarian apabila salah seorang dari orang awam yang cuba membantu dikatakan masih lagi tidak dijumpai.

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa

“SAYA berjaya menyelamatkan dua wanita hampir l3mas kira-kira lebih 50 meter dari tebing, manakala m4ngsa lagi diselamatkan penyelamat lain,” kata Omar Abdul Aziz Othman.

Omar, 27, dianggap wira berani apabila nekad terjun ke Sungai Terengganu untuk menyelamatkan empat sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.

Semua mangs4 terbabit berjaya diselamatkan, namun seorang pemancing yang terjun untuk menyelamatkan mereka, Abdul Bari Arshad, 31, dikhuatiri lem4s apabila gagal muncul semula ke tebing.

Omar berkata, sebelum itu dia bersama ahli keluarga tiba ke pulau berkenaan untuk membeli-belah pada 9.30 malam.

“Kira-kira 10 minit selepas itu, saya terdengar jeritan orang minta tolong dan segera ke lokasi sebelum terjun ke sungai.

“Selepas menyelamatkan dua wanita dan berenang ke tebing, saya dapati mngsa (Abdul Bari) yang juga penyelamat pertama dalam keadaan tengg3lam timbul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Mazimi Mohamad berkata, berkata, tiga lelaki yang lain berjaya naik semula ke darat, manakala Abdul Bari dikhuatiri lmas.

Beliau berkata, sebelum kejadian isteri pemilik pikap itu yang berusia 50-an mahu mengalihkan kenderaan itu tanpa menyedari ia berada dalam posisi gear mengundur sebelum menghidupkan enjin.

“Ia dipercayai menyebabkan kenderaan itu yang diparkir secara mengundur meluncur ke dalam sungai.

“Ketika kejadian, pemilik kenderaan berusia 50-an berada di tepi kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.40 malam dan usaha mencari dan menyelamat mngsa giat dijalankan.

Katanya, pihaknya menggunakan kaedah selaman membabitkan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mencari dan menyelamat mangsa.

Semua yang selamat itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Video mengenai kejadian berkenaan tular di media sosial, malam tadi.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian.

Situasi ini lebih kurang sama dengan tragedi di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini, dimana seorang m4ngsa yang masih muda terkorb4n apabila kenderaan yang dinaikinya dilanggar oleh sebuah Vios lalu menyebabkan kenderaannya terbabas dan terhumban kedalam sungai. Mal4ngnya, mangsa meningg4l dunia akibat dari lem4s.

Sumber dari Harian Metro