Viral Tentang Khabib, Ini Kisahnya Yang Ramai Tak Tahu

Facebook dipenuhi dengan cerita Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.

Siapa mereka? Dan kenapa panas betul hal mereka berdua hari ini? Baik, ini cerita ringkas mengenai mereka.

Conor McGregor ni seorang petarung UFC yang menganggap dirinya King. Dia berdendam dengan seorang petarung dari Rusia, Khabib yang juga beragama Islam.

Si Conor ini menyerang peribadi Khabib berbulan-bulan sudah. Menghina agama Islam, menghina Khabib dan keluarganya sebagai pengganas, menyerang bas yang dinaiki Khabib dan orang lain hingga mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Dendam ini berlarutan sehinggalah perlawanan mereka merebut tali pinggang UFC yang terulung pada hari semalam, 6 Oktober 2018. Petarungan antara dua petarung ini dikatakan bakal menjadi pertarungan yang terhebat dalam sejarah UFC.

Khabib memegang rekod kejuaraan 26-0. Sekali pun belum pernah kalah dan sudah lama menantikan perlawanan dengan Conor untuk membalas segala penghinaan terhadap agama Islam, dirinya dan keluarga.

Conor dengan biadab mengejek agama Islam, bahkan semasa sesi pertemuan sidang media, Conor menawarkan whiskey yang dikeluarkan syarikatnya sebagaj penghinaan. Jawapan Khabib memang win,

“Aku tidak minum dan tidak pernah minum. Apa kau sangka Whiskey itu dapat membantu (kemenangan) kepada kau?”

Dan akhirnya, semalam adalah hari penentuan. Pertarungan UFC229 yang ditunggu ramai peminat UFC. Satu pertarungan antara dua jaguh terhebat, satu pembalasan kepada penghinaan yang telah lama Conor McGregor lemparkan padanya.

Dan semalam, Khabib Nurmagomedov membuktikan beliau petarung terhebat dengan kemenangan ‘won by submission’ pada pusingan ke empat.

Mengaku kalah terus si Conor kena cekik dengan dengan Khabib. Padan muka! Si Khabib ni pernah berlatih bergusti dengan beruang. Ada videonya. Kau orang cari je kat YouTube.

Hal ini menjadi lebih kecoh bila Khabib melompat keluar dari kandang petarung untuk membelasah team Conor yang membuat provokasi dan menghina dirinya, keluarganya dan paling utama ialah menghina agamanya, Islam.

Khabib pernah berkata,

“Pada aku, agama adalah nombor satu. Sukan (UFC) bukan nombor satu.”

Kemenangan Khabib menggegarkan seluruh dunia. Kerana pemilik UFC sendiri yakin Conor akan menjuarai pertarungan itu. Namun sebaliknya berlaku.

Ini memberi tamparan hebat pada penyokong Conor dan umat Islam seluruh dunia meraikan kemenangan Khabib Nurmagomedov ini.

Seorang petarung UFC yang kini memiliki rekod 27-0. Lebih penting, Khabib memenangi pertarungan ini untuk memuliakan Islam dan mengajar orang lain agar menghormati agama Islam.

Kalau lihat video Khabib sebelum perlawanan, mulut dia tak henti-henti sebut Alhamdulillah dan InsyaAllah. Tanpa gentar memuliakan agama sendiri walau tahu UFC itu dimonopoli oleh non Muslim.

Maka tidak hairanlah pertarungan ini menjadi bualan. Memang patut Khabib mendapat sokongan seluruh umat Islam termasuk netizen di Malaysia.

Besar Sangatkah Salah Khabib?

Adegan panas selepas perlawanan membabitkan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan seni bela diri campuran, Ultimate Fighting Championship (UFC 229) membuatkan presidennya, Dana White berang.

White meluahkan kekesalan di atas tindakan Khabib melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor selepas memenangi pertarungan Lightweight di Las Vegas kelmarin.

White berkata, tindakan itu menyebabkan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar, yang mana petinju kelahiran Dagestan itu mungkin didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.

“Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.

“Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan,” katanya.

Oleh sebab itu, wang AS$2 juta (RM8.296 juta) yang sepatutnya dimenangi Khabib dibekukan sementara dan pada masa sama White turut memuji tindakan anak emasnya, McGregor yang enggan meneruskan laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.

Susulan itu, Khabib tampil membuka mulut dan menjelaskan punca beliau bertindak sedemikian selepas perlawanan itu.

“Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana tindakan tersebut. Saya tahu ini bukan sisi-sisi terbaik saya kerana saya hanya manusia biasa.

“Sejujurnya, saya tidak faham kenapa ramai mempersoalkan tindakan saya keluar dari gelanggang dan bertindak sedemikian sedangkan semua tahu bahawa McGregor bersikap lebih keterlaluan apabila menghina agama, negara dan bapa saya.

“McGregor juga bersikap biadap apabila menyerang bas yang saya naiki di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang. Bagaimana dengan tindakan itu? Kenapa orang hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang?,” soalnya.

Bapa dan jurulatih Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap marah dan kecewa dengan tindakan anaknya melompat keluar gelanggang dan menyerang jurulatih jujitsu Conor McGregor, Dillon Danis selepas berakhirnya pertarungan UFC 229 di Las Vegas, semalam.

Menurut bekas pegawai tentera itu, tindakan Khabib mampu mencederakan orang lain.

Saya tidak gembira amukan Khabib: Abdulmanap

Viral Tentang Khabib, Ini Kisahnya Yang Ramai Tak Tahu

Bapa dan jurulatih Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap marah dan kecewa dengan tindakan anaknya melompat keluar gelanggang dan menyerang jurulatih jujitsu Conor McGregor, Dillon Danis selepas berakhirnya pertarungan UFC 229 di Las Vegas, semalam.

Menurut bekas pegawai tentera itu, tindakan Khabib mampu mencederakan orang lain.

“Saya mesti tegas dalam hal ini. Saya beri dia amaran.

“Bagi saya, disiplin mesti diutamakan. Dia bebas melakukan apa sahaja di dalam Octagon (gelanggang).

“Tapi bukan diluar…kerana di sana ada wanita, kanak-kanak dan juga orang asing.

“Sepatutnya, diluar Octagon mesti aman,” katanya.

Dalam insiden semalam, tiga rakan Khabib turut menyerang McGregor, selepas petarung dari Ireland itu terlebih dahulu melepaskan tumbukan ke muka sepupu Khabib.

Khabib Lawan Beruang Ketika Kanak-kanak

Semoga artikel ringkas ini mampu memberi faham kepada semua netizen yang tertanya-tanya siapa itu Khabib Nurmagomedov dan kenapa nama beliau kerap dikongsi ramai.

Credit to Cikgu #MFS