“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” – Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Dua gambar kad jemputan perkahwinan yang dikatakan milik anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan pasangannya tular di media sosial sebaik berita mengenai kematian Allahyarham di Institut Jantung Negara diketahui umum.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kad-kad tersebut namun ia tetap mengundang kesedihan di kalangan netizen.

Umum mengetahui, majlis perkahwinan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu ini bersama tunangnya Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25, di Alor Setar, Kedah.

20 hari bertarung nyawa selepas mengalami kecderaan prah di bahagian paru-paru akibat dipukul oleh persuh dalam kejadian tragedi rsuhan di Kuil, USJ 25.

Namun, Allah nyata lebih menyayanginya.

Anggota Bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan mennggal dunia pada jam 9.41 malam ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pemergiannya amat mengejutkan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa agar anggota bomba ini terselamat walaupun masalah paru-parunya semakin krtikal sebelum ini. Berita ini telah disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin sebentar tadi.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pada pagi esok sebagai penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Muhammad Adib telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN bagi pemantauan rapi.

REMAJA sebelum ini pernah menyiarkan kisah luahan hati tunang Adib, Nurul Najihah yang merayu agar tunangnya itu bangun dan kuat menghadapi dugaan.

Ternyata impian perkahwinan pasangan ini yang sepatutnya diijab kabulkan pada Disember ini hanya tinggal kenangan.

Trgedi rushan Kuil, USJ 25 pada 26 November lepas telah memberikan impak besar kepada kehormonian perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Lebih 30 orang terdiri dari pelbagai kaum sudah didakwa termasuk empat lelaki berbangsa India yang menghadapi tuduhan memkul Muhammad Adib di bawah Kanun Kesksaan.

23 buah kenderaan dibakar dan dipecahkan malah rsuhan itu mendatangkan ketkutan yang bukan sedikit kepada rakyat Malaysia.

Dua hari lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan sebagai jalan penyelesaian bagi isu kuil ini, pihak Kuil Sri Mahariamman perlu memulangkan tanah selain wang RM1.5 yang sudah diberikan oleh pihak pemaju One City kepada mereka.

Terdahulu pada 4 Disember lalu, empat lelaki dipercayai terbabit insiden pkul anggota bomba dalam rsuhan di Kuil, dibebaskan daripada reman.

Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membnuh. Pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Sri Threren.

“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” - Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Jenazah Muhammad Adib dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan.

Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.

“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” - Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Muhammad Adib, 24 tahun, yang parah dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Pemergian Adib Dah jadi kes b4nuh

POLIS mengklasifikasikan semula siasatan kes kemat!an anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba b4nuh kepada b4nuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kemat1an Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

“Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba b#nuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu.

“Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu b4nuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sempat Tunjuk Respon ‘Baik’

“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” - Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Gambar terakhir Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, menunjukkan keadaan kesihatan beliau semakin baik. Malah, dia juga mampu mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat bagus saat gambarnya dirakam.

Menerusi kenyataan Institut Jantung Negara (IJN), jantung anggota bomba berkenaan dapat berfungsi sendiri sejak menggunakan sistem Veno-Venous ECMO pada Ahad lalu.

Selain jantung, bahagian paru-paru kirinya turut menunjukkan perkembangan positif tapi beliau masih memerlukan bantuan oksigen dan pernafasan yang lebih sedikit.

“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” - Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Dalam perkembangan sama, anggota bomba itu sempat menjalani rehabilitasi paru-paru dan senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi IJN.

Sementara itu, keluarga anggota bomba terbabit mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan Muhammad Adib.

Dalam pada itu, mereka juga membenarkan untuk menyiarkan gambar terkini beliau.

Keluarga berada di sisi ketika arw4h menghembuskan nafas terakhirnya. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jen4zah Allahyarham akan diuruskan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Kuala Lumpur pagi esok, untuk penghormatan terakhir.

“Selepas itu, jen4zah Allahyarham akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah atas Permintaan Keluarga.

“Jen4zah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zuhur,” katanya pada sidang media di IJN, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, keluarga anggota bomba itu berada di sisi Adib ketika arw4h menghembuskan nafas terakhirnya.

“Keluarga Adib dimaklumkan mengenai keadaan Adib sejak pagi tadi.Keluarga arw4h termasuk ibu bapa dan adiknya berada di sisi Adib dari pagi tadi hingga malam ini,” katanya.

Fatihah buat Adib: Ya Allah, tempatkan lah perwira Adib bersama orang orang yang beriman. Berikan lah keluarga Adib kesabaran untuk menempuhi cabaran ini – Syed Saddiq

Al-Fatihah buat Adib: Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau – PM Dr Mahathir Mohamad

Semalam, IJN melaporkan kesihatan Adib semakin merosot selepas fungsi paru-parunya dikatakan menurun tahapnya.

“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” - Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

“Selepas penilaian yang teliti, tisu-tisu pada paru-paru menunjukkan tanda ia semakin mengeras. Pada masa ini, fungsi renal juga tidak menunjukkan penambaikan di mana beliau masih memerlukan sokongan dialisis yang berterusan.

“Oleh itu (pihak IJN) memutuskan untuk sekali lagi memasukkan sistem Veno-Benous ECMO pada jam 9 malam semalam (Sabtu) untuk membantu pernafasan beliau.”

“Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga.” - Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Pada 26 November lepas, Adib telah diserang dan dibelasah kumpulan pervsuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya ketika dia dan pasukannya tiba untuk memadamkan kebakaran pada kereta di kawasan tersebut. Insiden itu menyebabkannya mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan beberapa kecederaan dalaman.

Takziah buat ahli keluarga Adib. Al Fatihah…