Tetap sokong ibu, Anak Datuk zainal Iuah sesuatu buat ramai tersentuh

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dua orang isteri bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dikatakan bergaduh di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen, anak isteri pertama Zainal Abidin telah memuat naik sebuah gambar mesra bersama ibunya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Anak beri bayangan sokong ibu kandung sendiri?

Dalam hantaran tersebut, anak Zainal Abidin yang dikenali sebagai Zaifiq Zainal itu seakan memberi bayangan memberi sokongan penuh terhadap insan tersayangnya itu susulan isu yang sedang hangat berlaku pada ketika ini.

Netizen mendoakan urusan ibu Zaifiq dipermudahkan

Bagaimanpun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kata-kata positif serta tidak melepaskan peluang dalam mendoakan agar urusan ibunya itu sentiasa dipermudahkan.

Terdahulu, Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan memaklumkan dia tidak bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan susulan isu pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C yang berusia 62 tahun itu mendedahkan jadualnya pada ketika ini sangat sibuk dan meminta media untuk menghubunginya pada hari kemudian.

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku). Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila isteri-isteri kepada bekas jurulatih bola sepak bergaduh di sebuah restoran terletak di Shah Alam, Selangor kerana salah faham.

Namun begitu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana isteri pertama berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.

Sumber : oh my media

pa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *