Kisah jutawan wakaf tanah dan saham bernilai RM56.6 juta ringgit ke jalan Islam

Inilah jutaw4n y4ng mewakafkan tanah dan saham bernilai RM56.6 juta ringg1t ke jalan Islam

Adakah kita pernah mendengar kisah tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau adalah seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Pada akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan harta dan asetnya dalam bentuk sebidang tanah seluas kira-kira 1.2 ekar di Jalan Perak serta lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

a

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan menjadi menara wakaf 34 tingkat yang kini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji tersebut pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta. Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Dilaporkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy akan menerima RM56.6 juta hasil dari pajak sewa bangunan ini selama 25 tahun. Pada hari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaannya. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.

Ahmad Dawjee Dadabhoy

a

Selebihnya telah diwakafkan sepenuhnya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Ketika dibawa mengunjungi  tanah-tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya nilai hartanah berkenaan dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan kekayaannya itu kepada ummah.

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang men1ngg4l dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum men1ngg4l dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kem4tian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akh1r4t kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya pada tahun lepas. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk ‘Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah’ dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.