“Terima kasih atas hinaan” – Iqbal Kongsi Video DSV Menangis Merayu Meminta Maaf

Kisah cinta usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli telah menjadi topik hangat di kalangan pengguna media sosial.

Melalui laman Instagram Iqbal, dia telah berkongsi satu klip durasi pendek dengan kapsyen yang difahamkan Dato Seri Vida telah meminta maaf bagi pihak anak anaknya, Cik B dan juga Kacak.

Iqbal juga menjelaskan bahawa entri beliau kali ini adalah untuk membuktikan cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan dan ingin menutup kata kata orang yang memberi tuduhan buruk terhadap dirinya.

Vida menangis mohon maaf

Berdasarkan mesej yang dihantar melalui WhatsApp, suara Datuk Seri Vida kedengaran sedang menangis sambil meminta maaf sekiranya ada perbuatan dan tindakannya yang menyinggung perasaan Iqbal.

Bukan itu saja, Vida juga meminta peluang kepada bekas pembantu peribadinya yang berusia 27 tahun itu untuk membimbing dirinya, Cik B dan Kacak.

Assalamualaikum, saya mohon banyak maaf kalau ada perbuatan saya tanpa saya sedar menyinggung perasaan. Perbuatan yang Cik B, Kacak yang menyinggung perasaan. Saya tahu awak sayang ke Cik B, saya tak pernah tak lekang perkataan sayang pada Cik B, Kacak. Bagi peluang dekat mereka, bagi peluang awak bimbing mereka.

Kapsyen Iqbal:

“SAYA TAWAR HATI. TERIMA KASIH ATAS PENGHINAAN.

Sejak dulu saya sering memaafkan kalian semua. Saya dihina, disalah erti. Sehabis daya sejujur kata walaupun beratus ribu orang geli mendengarnya, saya tempuh.

Sebelum kalian mengatakan saya tidak matang kerana berkongsi suara ini, cuba berada di pihak saya, setelah berjuta orang memaki saya, siapa lagi akan membela saya?

Semoga mesej ini membuktikan bahawa cinta saya bukan bertepuk sebelah tangan dan bukan hanya saya yang memaksa beliau untuk barkahwin.

Saya keseorangan. Bertahun-tahun masyarakat dikaburkan hal sebenar.

Saya tidak minta untuk disanjung, cukup sekadar tidak menghina. Banyak perkara telah dipusing membuatkan saya tawar hati.

a

“Maaf kan lah ke Cik B, Kacak. Maafkan saya jika saya banyak buat silap tanpa saya sedar. Boleh terima saya seadanya, saya gini. Maafkan Cik B, Kacak tu.

Mereka tak matang, mereka trauma. Bagi mereka peluang semula, boleh tak? Kasihan diorang, diorang pun jadi mangsa keadaan.

Saya tak nak menangis lagi. Tak nak menangis nangis. Saya tak boleh macam ni. Bagi mereka peluang, mereka pun dah rasa bersalah.

Saya tak nak mereka terbeban dengan perasaan bersalah. Bersama awak, saya, Cik B dan Kacak akan jadi orang hebat jadi macam kita selalu nak diorang jadi hebat. Bagi saya peluang betulkan keadaan..” – DSV

Video:

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.