“Betul la tu dia kata ‘snek jimat’ tu..jimat bagi pihak KFC bukan utk pihak pembeli..aniaya org betol la kfc ni..” – netizen tersakiti

Siyes aaa KFC Malaysia dah ada menu kulit ayam weii??!!

YES!

Kulit ayam sudah tentu memiliki peminatnya yang tersendiri. Tambah-tambah lagi jika dimakan ketika masih panas.

Jika anda peminat ayam goreng terutamanya ayam goreng KFC, pastinya antara bahagian yang dinanti-nantikan adalah pada kulit ayam untuk nikmati kerangupannya.

Akhirnya KFC Malaysia mendengar keinginan rakyat Malaysia apabila akhirnya mereka menawarkan kulit ayam goreng dalam menu mereka.

Sebelum ini, negara jiran sudah pun menawarkan menu ini seperti KFC di Singapura, Thailand dan Indonesian dan kali ini ditawarkan di Malaysia.

Rangup amat!

Selepas sekian lama penggemar KFC menyaksikan KFC lain di luar negara menyediakan menu kulit ayam, hari ini peminat kulit ayam mampu menarik nafas lega apabila KFC Malaysia turut menyediakan menu yang sama.

Menerusi promosi yang dikeluarkan oleh KFC, mereka menjual menu kulit ayam bersama kombo snek jimat dengan harga RM7.99. Dalam kombo ini, anda akan dapat kulit ayam rangup, loaded potato bowl dan juga minuman berkarbonat.

Menu snek jimat kulit ayam ini hanya ditawarkan untuk masa terhad iaitu bermula 2 pm sehingga 5 pm sahaja dan ianya hanya sehingga 11 Oktober 2021 sahaja.

Anda kini boleh mula dapatkan Snek Jimat Kulit Ayam Kombo menerusi pesanan secara online di aplikasi KFC  atau kfc.com.my secara delivery atau self-collect di semua cawangan KFC.

Tetapi, nampaknya ada yang tidak berpuas hati apabila keterujaan mereka menanti menu ini tidak mencapai tahap kepuasan yang sepatutnya.

Seperti lelaki ini, Amir Syukri yang teruja mahu mencuba menu ini namun kulit ayam yang beliau terima hanyalah berjumlah tiga ‘keping’ sahaja.

Di ruangan komen, beberapa pelanggan juga menyatakan mengalami masalah yang sama – kuantiti yang diterima tidak seperti yang di dalam gambar iklan.

 

 

Bagaimana dengan anda?

Jika sudah mencuba, adakah anda berpuas hati dengan menu yang anda terima?

Kerana bukan semua yang terima nasib yang sama. Ada juga yang berkongsi gambar dapat dengan jumlah yang banyak.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pernah melarang penggunaan kenyataan iklan yang keterlaluan sekiranya produk atau servis yang ditawarkan tidak seperti yang diiklankan.

Antara contoh yang disebut ialah iklan makanan burger yang tidak sama ketika dibeli.

Burger yang digambarkan di dalam iklan mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar dengan daging yang tebal sedangkan burger yang dijual dan diterima pelanggan bersaiz kecil dan nipis.

Cuba bayangkan bila kita beli dapat seperti yang tidak digambarkan. Lebih-lebih lagi kalau harga dia mahal. Tentu rasa tak berpatutan dan rasa dipermainkan.

Sekiranya didapati berlakunya ketidaktepatan dalam penyataan iklan, KPDNHEP boleh mengambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.