Betul la ada yang beritahu..Sarah ajar Shuib banyak benda..tapi lupa nak ajar Shuib hidup tanpa dia

Sudah seminggu sejak pemergian isteri Shuib, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Kehilangan arwah memang memberi kesan yang besar kepada industri kerana kehilangan penyanyi yang sangat berbakat.

Kehilangan arwah juga telah menyebabkan ramai menitis air mata. Kebaikan Almarhumah banyak di dedahkan dan ada yang yang tidak diketahui oleh Shuib sendiri.

Shuib nasihat jangan abai pengambilan vaksin

Sebelum ini Shuib Sepahtu menasihati rakyat Malaysia agar tidak mengambil mudah mengenai suntikan vaksin.

Dia mengatakan apa yang dialaminya membuktikan bahawa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sangat berbahaya. Virus itu meragut nyawa isteri dan pembantu rumahnya yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira 2 2 minggu yang lalu.

Shuib mendedahkan, dia dan keluarganya dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dari pembantu rumah.

“Kami dijangkiti melalui pembantu rumah. Nak jadikan jalan cerita, pembantu rumah turun ke bawah untuk membuang sampah.

“Secara kebetulan, bertemu rakan, berjabat tangan dan seterusnya, dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Kemudiannya, saya dan keluarga pula dijangkiti wabak ini. ‘ᴄᴏᴠɪᴅ-19 is real’,” katanya.

Video Shuib Ambil Vaksin, Netizen Nampak Ini

Satu video telah menjadi tular di Tiktok dimana seorang individu ini mengambil video Shuib Sepahtu hadir di PPV Stadium Bukit Jalil baru baru ini untuk mengambil vaksin.

Netizen lihat Shuib seperti tidak bermaya dan kelihatan sangat sangat letih. Kelihatan selepas doktor di PPV memberi vaksin, Shuib hanya tunduk ucap terima kasih dan berlalu pergi.

@jbonsky_tiktoksemoga abg shuib kuat. hadapi dgn tenang#fypdongggggggg #stadiumbukitjalil #artis #suib♬ original sound – J BON TIKTOK

“Payah jugak Shuib nak jadi macam dulu.. dengan arwah hidup penuh gelak ktawa.. tibe2 takdir Allah.. amik arwah dalam waktu singkat.. dalam keadaan semua ingat arwah akan sihat..apa lagi Shuib.. aku ni xleh lupa lagi..sedangkan xkenal.. ni bayangkan Shuib..betol la ada yang bagitau.. Sarah ajar Shuib banyak benda..tapi lupa nak ajar Shuib hidup tanpa dia.. aku baca tu pun dah sebak.. siyes..aku tengok Shuib aku nampak Siti Sarah…moga Allah permudah urusan Shuib.. insyallah..” kata seorang netizen.

Sumber Video: Tiktok JBon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.