Tidak Malu Cari Nafkah Sebagai Mak ‘guard’ Demi Rezeki Untuk Anak

Kuantan: “Memang ada orang yang pandang rendah saya, gelar pekerjaan saya ini ‘low class’ (kelas bawahan) dan kata ianya tak sesuai dengan saya, tetapi saya anggap sudah ditakdirkan untuk mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.

Ibu tunggal dua anak tersebut berkata demikian sebagai reaksi dan jawapan kepada pertanyaan orang ramai mengenai kerjayanya dalam bidang yang ramai maklum dipelopori lelaki.

Beliau yang tinggal di Bukit Setongkol, di sini juga berkongsi kisahnya di TikTok yang telah menarik perhatian pengguna media sosial, malah beliau membuat video bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang telah ditonton lebih dari 360,000 kali.

Tambah Nurul Nazifah lagi, beliau yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau mengatakan bahawa beliau tidak pernah rasa malu hanya sebab mencari nafkah sebagai pengawal keselamatan tetapi sebaliknya seronok menikmati pekerjaannya itu.

“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.

“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di hospital dan sekolah.

“Di hospital lebih mencabar malah saya pernah ditampar pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya serik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam pada itu, Nurul Nazifah memaklumkan yang waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali hari Ahad, dan dia ditugaskan untuk menjaga pintu pagar utama dan memeriksa suhu guru yang memasuki ke perkarangan sekolah.

“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka.

“Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.

“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Nurul Nazifah mendakwa ramai yang memandang rendah dan hina sebaik mengetahui beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang yang paling dekat dengannya, namun beliau tidak memandang serius pandangan tersebut sebaliknya memandang kritikan itu dari sudut yang positif.

Katanya, dia hanya mahukan aura positif untuk mewarnai hidupnya, bahkan pengawal keselamatan merupakan pekerjaan halal yang saj dan tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun.

“Menjadi pengawal keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun segelintir orang luar fikir ia kerja yang santai.

“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan fizikal serta mental.

“Dorongan saya untuk terus bekerja adalah dua anak yang masih kecil, jadi saya perlu berusaha keras. Saya juga menjual kek dan kuih termasuk secara siaran langsung di Bigo dan TikTok bagi menambah pendapatan,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.