(ᴠɪᴅᴇᴏ) ᴍᴀʏᴀᴛ ʙᴇᴋᴀs ɪᴍᴀᴍ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴛɪᴍʙᴜɴᴀɴ ᴘᴏᴋᴏᴋ

YAN – Mayat lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu ditemui di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar, hari ini.

Mayat mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.23 petang.

(ᴠɪᴅᴇᴏ) ᴍᴀʏᴀᴛ ʙᴇᴋᴀs ɪᴍᴀᴍ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴛɪᴍʙᴜɴᴀɴ ᴘᴏᴋᴏᴋ

Mangsa yang merupakan bekas imam Masjid Yan dekat sini ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Keadaan mayat mangsa ke-5 itu didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.

(ᴠɪᴅᴇᴏ) ᴍᴀʏᴀᴛ ʙᴇᴋᴀs ɪᴍᴀᴍ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴛɪᴍʙᴜɴᴀɴ ᴘᴏᴋᴏᴋ

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

(ᴠɪᴅᴇᴏ) ᴍᴀʏᴀᴛ ʙᴇᴋᴀs ɪᴍᴀᴍ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴛɪᴍʙᴜɴᴀɴ ᴘᴏᴋᴏᴋ

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon memberitahu, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit kemudian.

(ᴠɪᴅᴇᴏ) ᴍᴀʏᴀᴛ ʙᴇᴋᴀs ɪᴍᴀᴍ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴛɪᴍʙᴜɴᴀɴ ᴘᴏᴋᴏᴋ

Katanya, mayat Ku Shuib kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya.

antara komen netizen:

“Alfatihah.. Semoga rohnya dicucuri Rahmat..” – Rafidah Saban

“Al fatihah…. Dbaca…. Semuga Allah me masukkan beliau bersama dgn org yg syahid” – Kasmuni Basri

“Salam takziah buat ahli keluarganya.Alfatihah” – Salmah Comel

“Semoge husnulhotimah dn roh nye kalangan org yg solehah Aamiin” – Baldu Biru

“Innalillahiwainnailaihirojiun Salam Takziah Al-Fatihah” – Muhammad Mustaqim Osman

“Al fatihah salam takziah buat keluarga” – Nur Madiha Yumnah

ViDEO:

Sumber: K! ONLINE

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.