Kebumikan deretan 13 jenazah mangsa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 serentak dalam tempoh kurang dua jam.

Proses pengebumian deretan 13 jenazah mangsa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 secara serentak dalam masa kurang dari 2 jam.

Itu merupakan salah satu tugasan berat yang dilalui sekumpulan 32 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di sini, bermula jam 5 petang tadi.

Turut menarik perhatian apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr Hj Norhafifi Ismail turut membantu di dalam liang lahad untuk menyambut dan mengebumikan jenazah mangsa pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Tugas menguruskan jenazah dilakukan dengan pantas oleh anggota APM Wilayah Persekutuan kerana jumlah jenazah yang didakwa semakin tinggi selain waktu menghampiri azan maghrib.

Norhafifi berkata, tugas itu yang juga dibantu sukarelawan Sungai Penchala, mewajibkan semua petugas dan kakitangan memakai pakaian pelindung diri (PPE) dengan sempurna bagi mengelak dijangkiti virus ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Menurutnya, dia memastikan pemakaian PPE sepenuhnya kepada semua anggota APM yang terbahagi kepada beberapa kumpulan.

“Sebaik 13 ambulans membawa jenazah mangsa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 tiba di tanah perkuburan ini, kami segera mengangkat dan mengusungnya ke liang lahad masing-masing.

“Tugas dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan semua jenazah selamat disemadikan dengan sempurna walaupun tanpa kehadiran waris mangsa.

“Saya turut bersimpati dengan ahli keluarga mangsa yang hanya dibenarkan melihat proses pengebumian dari jauh dalam waktu terhad,” katanya.

Difahamkan, secara purata seramai 30 hingga 40 jenazah mangsa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dikebumikan setiap hari di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Taman Selaseh dan TPIRS Bukit Kiara di sini, susulan peningkatan kes ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

“Tugas fardu kifayah menguruskan pengebumian diamanahkan kepada APM ini dilakukan setiap hari. Ia bagi memastikan setiap jenazah mangsa beragama Islam segera diuruskan dengan sempurna selepas dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.

Turut berada di tanah perkuburan bagi menguruskan jenazah adalah Pengarah APM Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Wilayah Persekutuan, Kolonel (PA) Effendy Ali.

Difahamkan beliau turut mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat kepada anggota APM bertugas selain taklimat penugasan.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.