Keputusan itu mengambil kira Farid Kamil telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun dan juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan serta memohon maaf.

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari yang sebelum ini diperintah untuk dipenjarakan selama 13 bulan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis 3 tahun lalu, digantikan dengan denda RM5,500.

Memetik laporan Free Malaysia Today, mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara 4 bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.

Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.

Selain itu katanya, Farid, 40, juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke.

Pada 2 Jun 2020, media melaporkan, Farid Kamil dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan 4 bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Arifin berkata, selepas meneliti dan menimbangkan keterangan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

Dua hukuman itu kemudian diarahkan berjalan serentak bererti dia hanya perlu menjalani 13 bulan penjara. Bagaimanapun Farid dibenarkan jaminan RM10,000 sementara menunggu keputusan rayuan.

Majistret itu turut mengarahkan Farid membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000, yang dijelaskannya.

Terdahulu, Farid didakwa melakukan 2 kesalahan itu terhadap Muhammad Nizam Jamaluddin di Balai Polis Kota Damansara pada jam 1.20 petang, 11 Januari 2018.

Dia turut didakwa menyebabkan kecederaan kepada Nizam dan seorang awam, Asyraf Ahmad di tempat dan waktu sama.

Dia bagaimanapun membayar kompaun RM5,000 kepada Nizam dan RM8,000 kepada Asyraf seperti dibenarkan mengikut peruntukan Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ho Kwon Chin.

Sumber: Free Malaysia Today, Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.