Pemandu pandu kereta Iaw4n arus dibeb4skan dengan j4minan pol1s

SHAH ALAM – Warga emas yang ditahan kerana memandu melawan arus dalam sebuah video tular yang dirakam di Persiaran Tun Teja di sini sekitar jam 1 petang Khamis telah dibebaskan pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek tidak direman dan diberi jaminan polis.

“Siasatan terhadap kes ini masih dijalankan, dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis lalu warga emas tersebut ditahan kerana memandu secara melawan arus dalam sebuah video tular yang dirakam di Persiaran Tun Teja sekitar jam 1 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Embol berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berumur 74 tahun itu memandu kenderaan jenis Toyota Prius dari arah Plaza Tol Alam Impian menuju ke Jalan Batu Empat, Shah Alam.

Video:

“Pemandu itu telah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja, tiada kemalangan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramsay, warga emas itu ditahan untuk sisatan lanjut dan hasil saringan awal ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Lagi Kes Pemandu Lawan Arus Berdepan Hukuman Gantung

Seorang eksekutif pemasaran yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu bakal berdepan hukuman lebih berat.

Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Sebelum ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000. Terdahulu, suspek berusia 24 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9.20 pagi untuk proses lanjutan reman selepas reman enam harinya berkaitan Seksyen 41 (1) APJ 1987 berakhir hari ini.

Timbalan Pendaftar Norliza Hussin membenarkan lanjutan reman tiga hari selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia. Peguam Ravi Nekoo dan Peguam R. Thanuja mewakili suspek tersebut.

Difahamkan suspek mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat. Sebelum ini melaporkan dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.