Kalau bab bersedekah, utamakan adik-beradik dahulu & jiran tetangga sbb kita sendiri nampak kehidupan diorg camna. Tak pernah lagi derma bila baca cerita2 sedih kat fb ni. Takut scam

Kota Tinggi: Seorang pekerja kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan setelah disyaki terbabit menyebarkan berita palsu yang kononnya kehilangan 14 ahli keluarga kerana ᴄᴏᴠɪᴅ-19 didapati menerima sumbangan sejumlah RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek berusia 45 tahun semalam setelah lelaki itu hadir ke Balai Polis Bayu Damai.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika hadir sendiri ke balai polis dan dipercayai mahu membuat laporan untuk melindungi dirinya. Menurutnya, siasatan mendapati suspek setakat ini dipercayai telah menerima sumbangan berjumlah RM91,000.

Tambah beliau lagi, hasil dari maklumat dan siasatan mendapati suspek telah menyebarkan berita palsu untuk mendapatkan sumbangan sejak dari bulan Jun yang lalu. Suspek kini ditahan dan direman selama 4 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, denda dan sebat juga boleh dikenakan,” katanya menerusi kenyataan media.

Hussin berkata, polis meminta orang ramai untuk selalu berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat sebarang sumbangan agar tidak menjadi mangsa penipuan. Terdahulu Petronas menafikan dakwaan pekerja kontraktornya kehilangan 14 ahli keluarga akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Menurut maklumat yang tular di media sosial, lelaki berkenaan mendakwa berdepan ujian yang berat apabila kehilangan ahli keluarga sejak dari Jun hingga bulan ini. Lelaki terbabit mendakwa mempunyai 8 anak dan kehilangan isteri serta 3 anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Pada 2 September, lelaki itu mendakwa bahawa 5 lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar serta dua anak mereka juga telah meninggal dunia. Mesej tular itu turut mengandungi nombor akaun lelaki terbabit untuk sesiapa yang ingin membuat sumbangan.

Warganet berang dengan lelaki tersebut.

Dengan company, kawan kawan, rakan sekerja, dengan kita semua habis kena kelentong.

Dah refer sampai ke authorized department siap circulate email ucap takziah, sedih buat tahlil ramai ramai.

Kesian kawan kawan bersusah payah buat donation.Dia buat kering cakap jangan kecoh nak jaga sensitiviti family.

Gilaaaa gila!

Aku tarik balik ucapan takziah semalam, aku gantikan dengan ucapan;”Eloknya kau tu yang mampos menyusahkan orang”

a

a

a

Terdahulu seorang pengguna Twitter Khairul Hezry membongkarkan aktiviti penipuan yang dibuat oleh lelaki tersebut.

a

a

a

a

a

a

a

Petronas dah buat kenyataan:

Polis menyiasat aduan penipuan menerusi sebuah kisah 14 sekeluarga maut akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pegawai Petronas Pengerang berkaitan perkara berkenaan di Balai Polis Pengerang di sini, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasi dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Siasatan lanjut kes akan diteruskan oleh Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi.

“Buat masa ini, siasatan kes masih di peringkat awal dan belum ada apa maklumat berkaitan siasatan diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Demi meraih simpati ramai, satu pihak dipercayai menjaja kisah kononnya seorang lelaki bertugas di Petronas di Pengerang di sini kehilangan seramai 14 insan kesayangan termasuk isteri dan lapan anak akibat jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 baru-baru ini.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial What’sApp dan Facebook (FB), seorang lelaki didakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Malah lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penyelia juga dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 manakala pada 2 September lalu, lima anaknya bersama ibu, kakak, barang ipar dan dua anak saudara kononnya terkorban.

Ia turut memuatkan nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang kononnya terkorban.

Malah maklumat berkenaan juga disusuli dengan permintaan bagi menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki itu bagi meringankan bebannya.

Ramai pengguna media sosial tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan yang tular hingga sesetengahnya dipercayai bertindak menyalurkan sumbangan ke akaun bank dikongsi.

Perbuatan berkenaan mengundang perasan marah di kalangan netizen apabila dikesan terdapat perkara meragukan.

Difahamkan sebuah majlis Yasin juga diadakan secara maya serta disertai ratusan individu yang prihatin baru-baru ini bagi ahli keluarga lelaki berkenaan yang terkorban.

Petronas mengesahkan seorang kakitangan syarikat kontraktornya ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu kematian melibatkan 14 ahli keluarganya akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Syarikat minyak dan gas itu juga menyatakan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk dakwaan yang dibuat lelaki yang bekerja di Kompleks Pengerang, Kota Tinggi.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu turut dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya tidak lama kemudian.

Tunku Ismail bertitah, pihak atasan telah menasihati Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Setelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,” titah baginda.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya akan menyiasat mesej tular kononnya seorang kakitangan Petronas Pengerang kematian 14 ahli keluarga akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Mesej tular tersebut menyatakan lelaki yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.

Sumber: Berita perak,  Fdaus Ahmad , msianreader , Harian Metro & Utusan

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.