Misteri Cahaya Seperti ‘Bebola Api’ Di Langit Membuat Penduduk Cemas, Menimbulkan Tanda Tanya

Satu rakaman kemunculan ‘bebola api’ berwarna merah yang muncul di langit malam menjadi viral di media sosial negara seberang. Menurut SuaraJabar.id, kejadian itu dipercayai telah dirakam di daerah Jawa Barat kerana kedengaran bahasa dalam video dipercayai Bahasa Sunda.

Melalui video berkenaan, kelihatan objek seperti bola itu membuat para penduduk tertanya-tanya. Rakaman yang dimuatnaik oleh laman @infojawabarat itu telah dilihat lebih daripada 139 ribu kali di laman Instagram.

“Allahuakbar, Allahuakbar, apa tu?” Kata seorang wanita didalam video seperti diterjemah portal berkenaan.

Wanita itu kemudiannya bertanya jika objek tersebut merupakan meteor atau sebaliknya.

Malah, beberapa individu juga dilihat melarikan diri dipercayai ketakutan menyaksikan kejadian itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INFO JAWA BARAT (@infojawabarat)

Memetik portal tersebut, beberapa orang warganet mengaitkan bebola api berkenaan dengan banaspati atau jin yang menyerupai bola api terbang. Ia dipercayai merupakan medium untuk mengirim santau kepada mangsa.

Selain itu, ada juga penonton yang percaya ia adalah suar yang menghasilkan cahaya terang tersebut.

a

a

Sumber: SuaraJabar.id@InfoJawaBarat

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.