Rakyat gesa rentas negeri, ini jawapan KJ

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia diminta bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kementeriannya di sini pada Jumaat.

Khairy menjelaskan, perbincangan telah dilakukan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi tujuan tersebut.

“Saya sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dan kita sudah putuskan beberapa siri cadangan.

“Kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan bakal mengundang risiko, berikan tempoh sikit lagi,” katanya lagi.

Menurutnya, terdapat beberapa negeri yang masih rendah nilai ambang vaksinasi seperti Sabah, Kelantan, Perak, Kedah, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual bersama media, hari ini.

Kali terakhir rakyat menikmati kelonggaran rentas negeri adalah pada penghujung tahun lalu sebelum larangan dikuatkuasakan pada 11 Januari tahun ini.

Pada perkembangan sama, Khairy telah mengarahkan makmal-makmal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi (MOSTI) untuk menjalankan penjujukan genom terhadap kes import bagi mengesan kehadiran varian baharu, dikenali sebagai Mu.

“Kalau ada kes import, kita kena buat penjujukan genom untuk pastikan ia bukan varian Mu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini negara tidak melaporkan sebarang kes berkaitan varian tersebut.

“Setiap orang boleh balik ke Malaysia dan kita jalankan prosedur seperti biasa,” katanya.

Isnin lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan varian Mu, juga dikenal sebagai B.1.621, sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI), tahap kedua tertinggi dalam klasifikasi variannya.Varian tersebut mendominasi negara Columbia dan telah tersebar ke 40 buah negara dengan terbaharu Jepun turut melaporkan kes positif pertama varian Mu pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengesahkan bahawa tiada kes positif direkodkan dalam kalangan atlet negara yang pulang dari temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kita buat saringan seperti biasa untuk sesiapa yang balik, malah penjujukan genom dilakukan sekiranya ada kes positif dan arahan ini sudah diberikan kepada makmal berkaitan, termasuk daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Setakat ini, tiada kes positif dalam kalangan atlet kita,” katanya menjawab kebimbangan penularan varian berkepentingan (VOI), jenis ‘Mu’ atau B.1.1621 di Tokyo.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: Astroawani BHonline mysumber

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.