3 Buah Kereta Dengan Aksi ‘Berlumba’ Telah Berakhir Dengan Tragedi Oktober.

Allahu… Semoga dipermudahkan urusan malaikat Izrail.

Keseronokan beberapa buah kereta berkonvoi serta memandu secara laju dan melulu di Jalan Ulu Yam berakhir dengan tragedi apabila salah sebuah daripadanya terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 pagi itu, kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman Facebook.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai sedang ‘menguji jentera’ sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan dua buah kenderaan dari arah bertentangan iaitu lori dan sebuah kereta lain.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana nasib kesemua mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut sama ada terdapat kecederaan atau kematian.

Susulan perkongsian rakaman itu, rata-rata pengguna berang dengan aksi mereka yang membawa kereta secara melulu di kawasan jalan kampung yang sempit.

“Kawasan jalan sempit pun nak tunjuk hebat, kalau rasa nak ‘race’ sangat pergilah ke Litar Sepang tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa,” tulis Pengayuh Beca Sahaja.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jebat Belum Derhaka.

“Nasib baik tak rembat penunggang basikal sekali, kalau tidak mesti ada kehilangan nyawa. Polis sila pantau laluan ini, selalu sangat jadi litar lumba haram,” ujarnya.

Polis Trafik IPD Gombak harus pantau aktiviti tidak sihat ini pada setiap hujung minggu hari Sabtu/Ahad terutamanya diantara jam 6 pagi hingga ke 9 pagi selepas subuh.

Mereka ini pada setiap hujung minggu akan melalui Jalan Utama Sungai Tua,Batu Cave bermula dari persimpangan lampu isyarat berdekatan Masjid Amaniah dengan memandu tersangat laju & merbahaya mengejar antara satu sama lain dengan tidak mengambil kira keselamatan pengguna jalanraya yang menguna jalan tersebut & ada dikalangan mereka melanggar semua lampu isyarat yang terdapat di jalan Sungai Tua, Batu Cave.

Diharap JSPT Gombak sila ambil perhatian yang sewajarnya sebelum lebih banyak lagi jiwa yang terkorban.

Kredit: K! ONLINE

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.