“Rahsianya dia melayu betul, dok kl, mcm faizal hussein, rosyam noor, haa tuh melayu betul. Kalo melayu olok2 byk kt johor” – brader BHP

Penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kelima. Menurut penyanyi kesayangan ramai itu, kandungan isterinya, Datin Zai Izzati kini sudah berusia 12 minggu. Jamal berkata, kehadiran seorang lagi ahli keluarga amat-amat membahagiakannya sekalipun pada usianya sudah mencecah 62 tahun.

“Kehadiran anak adalah rezeki. Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” katanya.

Menurut Jamal,sekiranya diizinkan dia dan isteri mengharapkan agar mendapat seorang lagi anak perempuan selepas kelahiran cahaya sulung mereka dua tahun lalu.

Difahamkan, Jamal merancang agar isterinya dapat melahirkan anak mereka pada 12 Disember kelak sebagai simbolik tarikh yang mudah diingati sama seperti dua anak mereka yang lain, Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 dan El Issac Yamani yang diputerakan pada pada 11.11.2020.

“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” kata penyanyi lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir itu ketika dihubungi pada Selasa.

Menerusi pernikahan dengan Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 2, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 sementara El Issac Yamani juga diputerakan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 11.11.2020.

Jamal juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani,14, menerusi perkahwinan terdahulu.

Nur Azura merupakan anak perempuan tunggal Jamal.

BUKAN TIKET BERSUKA RIA – JAMAL ABDILLAH GUNA KEBENARAN RENTAS NEGERI SEBAIKNYA

“Alhamdulillah, aktiviti saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agak padat.

Selain menyanyi, saya juga mengusahakan ladang ternakan ikan arowana yang terletak di Bukit Merah.

Jadi memang keraplah saya bergerak dari Shah Alam ke Perak… buat masa ini tiada halangan untuk menguruskan ladang kerana saya ada surat kebenaran untuk bergerak bila-bila masa.

“Mudahlah untuk saya uruskan perniagaan… saya memang guna kebenaran itu untuk urusan kerja sepenuhnya, tak pergi mana-mana.

Saya pun ada rumah di Ipoh, jadi lebih mudah urus kerja,” kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah apabila beliau mendapat kebenaran merentas negeri bagi menguruskan ladang ternakan ikan miliknya yang terletak di negeri Perak.

Meskipun mendapat kebenaran, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, berkata, dia sama sekali tidak menggunakan kelonggaran itu sebagai tiket untuk bersuka-ria.

Jamal memberitahu kebenaran yang diberikan oleh kerajaan itu digunakan sebaik-baiknya bagi memudahkan urusan perniagaan dan bukanlah untuk tujuan peribadi.

Menyedari ada dalam kalangan selebriti termasuklah orang awam menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri, penyanyi lagu ‘Belenggu Rindu’ ini berkata ianya terpulang kepada individu berkenaan.

Namun mereka haruslah bersedia menerima apa jua tindakan termasuk dikompaun atau didenda jika didapati menyalahgunakan kebenaran tersebut.

“Saya ada baca tentang isu rentas negeri yang membabitkan selebriti sebelum ini.

Bagi saya itu atas diri sendiri. Sebagai selebriti kalau anda buat benda salah, jadi kena bersedialah terima apa jua akibatnya… ini semua pilihan sendiri,” ujarnya.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.