Tersedu-sedu suami menangis ditenangkan anak sulung. Kematian isteri persis allahyarham Siti Sarah😭

Sesiapa saja ketika berhadapan berita kematian, lebih-lebih lagi melibatkan insan tersayang dalam kalangan ahli keluarga terdekat, nescaya tidak dapat menahan perasaan sebak dan pilu.

Semenjak lebih setahun lalu, ramai kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai akibat badai pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang melanda dunia serta negara.

Setiap hari kita mendengarkan khabar duka tentang kematian disebabkan jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Satu demi satu ‘tewas’ dan ia sememang satu perkara yang sangat menyedihkan buat ahli keluarga.

Sebahagian besar tidak dapat memeluk, mengucup, dan menatap wajah insan tercinta yang meninggal dunia dari jarak dekat buat kali terakhir.

‘Tragedi’ sama seperti selebriti terkenal

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @elleeze_zaid, dia telah memuat naik video majlis pengebumian kenalannya yang meninggal dunia beberapa minggu setelah melahirkan anak secara pembedahan.

Kisah wanita yang meninggal dunia itu persis tragedi yang menimpa penyanyi terkenal Tanah Air, allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

@elleeze_zaidInnalillahiwainnailahirajiun.. We belong to Allah and to Him we shall return.. #fypシ #elleeze #mati #covid #covidvictim♬ original sound – Papa Khai®️ KnZ – 🅿🅰🅿🅰🅺🅷🅰🅸@🅺🅽🆉

Suami menangis tersedu-sedu ditenangkan anak sulung

Dalam pada itu, menerusi Instagram individu yang sama, dia telah memuat naik video suami kepada kenalannya yang dikenali sebagai Norieszah Ishak menangis disamping anak sulungnya dalam keadaan tersedu-sedu melihat isterinya dikebumikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurzailiza Zaid (@elleeze_zaid)

Lahirkan anak dalam kandungan secara czer

Dalam perkongsian tersebut, @elleeze_zaid memberitahu yang kenalannya itu telah bersalin awal secara czer pada tiga minggu lepas bagi menyelamatkannya.

Namun, kadar oksigen semakin menurun dan meninggal dunia sebelum dapat menatap bayinya yang dilahirkan pada usia 7 bulan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagram dan TikTok yang memuat naik momen sedih itu telah dihujani dengan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarham Norieszah Ishak.

Masing-masing mendoakan agar insan yang ditinggalkan terutamanya suami dan anak-anak yang masih kecil kuat serta tabah menerima takdir daripada Allah S.W.T.

Sebagai iktibar bagi yang masih hidup, teruskanlah memelihara diri daripada penularan wabak penyakit ini melalui segala kaedah dan ikhtiar yang disyorkan.

Kirimkanlah doa kepada mereka yang pergi dulu meninggalkan kita kerana itu tuntutan paling utama.

Semoga kita dapat dipertemukan kembali dengan ahli keluarga tercinta di syurga kelak.

Firman Allah dalam Surah al-Thur ayat 21 bermaksud: “Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun pahala amal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Sumber: Instagram elleeze_zaid, TikTok @elleeze_zaid

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.