Dah lah vaksin xnak tanggungjawab, skrg nih SOP plak. Apalagi lepas ni.

Pemerintah dan kerajaan terutama pegawai penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri tidak harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama lagi apabila lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua pihak mesti memainkan peranan bersama dengan menjadikan amalan mematuhi SOP sebagai perkara biasa, terutama lagi apabila wabak Covid-19 diumumkan sebagai endemik kemudian nanti.

Beliau sebagai wakil kepada KDN yang bertanggungjawab ke atas pematuhan SOP, memaklumkan kerja mereka bukan hanya untuk menjaga SOP malah mereka perlu melihat dari segi kehidupan agar ia benar-benar seimbang. Jika KDN hanya kerja menyekat kebebasan rakyat, mencari kesalahan tidak patuhi SOP, itu sesuatu usaha yang amat kecil.

Hamzah menambah biarlah KDN focus dan memikirkan strategi yang lain seperti menjaga sempadan, laluan pintu masuk, kawal selia mereka yang cuba menceroboh dengan dadah dan mereka yang cuba masuk melalui sempadan.

Sebelum ini, beliau mendengar taklimat mengenai bencana banjir dan fenomena kepala air Gunung Jerai yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Yan Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah dan melakukan tinjauan ke kawasan yang terjejas di Titi Hayun di Yan.

Hamzah berkata kerajaan dan pemerintah juga tidak harus dipersalahkan sekiranya ada pihak yang tidak memainkan peranan dalam menjaga SOP termasuk majikan dan pengusaha yang seharusnya melaksanakan tanggungjawab itu ke atas pekerja mereka.

“Saya bagi contoh, kalau kilang dibenarkan beroperasi, siapa yang sepatutnya menjaga SOP, pihak pengurusan, tetapi hari ini mengapa pulak kita salahkan kerajaan kerana tak menjaga SOP.

“Sepatutnya majikan yang mula jaga, kalau majikan jaga dan ada sesuatu yang kurang senang (dengan pelaksanaan SOP oleh majikan), laporkan kepada kerajaan dan kami akan hantar pasukan,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata setakat ini tiada isu mengenai pegawai dan kakitangan KDN serta agensi di bawahnya yang kebanyakan adalah petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19, yang enggan menerima suntikan vaksin.

“Sebagai petugas barisan hadapan, kami sudah pastikan lebih 91 peratus warga Polis Diraja Malaysia mendapat vaksin, malah kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sudah hampir 100 peratus divaksin setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Pendaftaran Negara akan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi membantu proses penggantian atau pengeluaran semula dokumen pengenalan diri mangsa banjir yang hilang atau rosak dalam kejadian banjir di sini pada 18 Ogos lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.