Wanita mengaku tak bersalah curi tabung masjid. Tengok jumlah duit yg hilang memang tak berbaloi

KANGAR: Seorang tukang cuci sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan mencuri RM40 dalam tabung di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh pada bulan lalu. Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, hanya mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tabung di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dengan wang bernilai RM40 yang berada di dalam tabung tersebut kira-kira pukul 8.45 malam pada Sabtu lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Curi Cuma RM28

Tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci dan mempunyai seorang anak lelaki berumur empat tahun mengaku tidak bersalah kerana dia mendakwa hanya mengambil wang bernilai RM28 sahaja dan bukannya RM40.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Dalam rayuan yang dibuat, Nur Iman memberitahu, anak guamnya yang tinggal bersama anaknya bersendirian kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai pendapatan yang tidak tetap dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Kamaliza kemudian menetap jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak membayar wang jaminan, dan ditahan sementara di Pusat Koreksional Perlis sementara menantikan tarikh sebutan semula kesnya.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 Oktober ini untuk sebutan semula.

Ambil Makanan Di Foodbank Sebelum Mencuri

Media sebelum ini melaporkan Polis menahan wanita tersebut disyaki terbabit dalam kejadian melarikan tabung derma masjid di Padang Pauh, di sini, pada 28 Ogos lalu.

Hasil risikan dan maklumat orang ramai, wanita berkenaan ditangkap di rumahnya di Arau, pada pukul 9.15 malam, hari sama.

Tabung yang dicuri itu ditemukan dalam tandas di Pasar Beseri dan wanita terbabit dikatakan wang bagi mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek telah pergi ke masjid berkenaan kira-kira pukul 7 petang untuk mengambil barang makanan dari food bank masjid tersebut dan datang kembali mencuri tabung masjid ketika jemaah sedang solat Isyak,” katanya di sini hari ini.

Ujian saringan air kencing suspek mengesahkan dia positif syabu.

“Suspek direman sehingga esok dan ujian saringan air kencingnya turut didapati positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejadian tersebut disedari ahli kariah masjid itu kira-kira pukul 9.15 malam selepas mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid tersebut telah tiada.

“Kecurian tabung masjid berkenaan dilaporkan jam 9.15 malam pada 28 Ogos lalu, selepas ahli kariah masjid yang selesai bersolat Isyak mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid sudah tiada dan terus memaklumkan pada ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang individu disyaki wanita mengambil dan membawa pergi tabung berkenaan.

“Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Beseri pada jam 12.36 tengah malam 29 Ogos lalu,” kata Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan dan risikan dijalankan, polis berjaya mengenalpasti suspek sebelum menahannya pada 29 Ogos.

Menurutnya, polis menemui tabung masjid dicuri itu di dalam tandas di Pasar Beseri dan wanita berkenaan mengaku mencuri tabung masjid untuk menggunakan wang bagi mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: BH Utusan trendingsangat redaksi

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.