“Kalau itu pilihan kau bitah . Tidak mengapalah . Kerna ternyata aku lagi hensem dari pilihan hatimu 😆” -netizen jeles

Nama atlet Nur Dhabitah Sabri tidak asing lagi apabila beliau menjadi kebanggaan negara dan berjaya mengharumkan Malaysia dalam temasya-temasya sukan besar.

Namun sejak penglibatannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, segala yang dilakukan oleh Dhabitah mula menjadi tumpuan ramai.

Baru-baru ini. tular di media sosial apabila penerjun negara itu dilihat menggunakan produk Garnier Man ketika acara sukan sebagai pencuci muka sehingga ramai yang mengakui turut selesa menggunakan produk yang sama.

Terbaru, menerusi, satu temuramah dengan stesen radio tempatan, penerjun berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu menjawab pertanyaan berkenaan kehidupan peribadinya.

Tampil secara eksklusif di saluran radio Astro, GEGAR pagi ini, Nur Dhabitah berkongsi cerita yang mungkin ramai akan menyifatkan sebagai perkara ‘peribadi’ yang tidak pernah dihebahkan sebelum ini.

Menerusi slot GEGAR Pagi yang dikendalikan penyampai Shah dan Mek Zura, Nur Dhabitah ditanya berkenaan kemungkinan sudah ‘berteman’.

“Dhabitah, ‘senyuman’ awak itu ada orang jaga dah tak?” soal Shah.

Namun, soalan itu seperti tidak jelas oleh Nur Dhabitah yang minta ia dijelaskan semula.

“Maksud awak? Maksudnya?” katanya.

“Maksudnya, senyuman itu ada yang ’special’ tak yang akan jaga senyuman tu?” soal Shah sekali lagi.

Walaupun mulanya dia teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah menjelaskan:

“Okaylah, saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya).”

Jawapan yang diberikan itu membuatkan kedua-dua pengendali, Shah dan Mek Zura terkejut selain menjerit teruja.

Dalam temu bual itu juga, Nur Dhabitah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan kepadanya sepanjang kariernya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GEGAR (@gegar.my)

Malah, menerusi Instagramnya, Dhabitah turut berkongsi gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya, yang merupakan pemain bola sepak FA Azhar Apandi.

Dhabitah tidak berpeluang meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik keduanya apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Dia menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya Olimpik Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

Difahamkan anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas memperlihatkan minatnya terhadap sukan berkenaan sejak kanak-kanak lagi.

Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai anugerah.

Antaranya penerima Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil (Atlet Sukan Wanita Terbaik), 100 plus Sports Awards (Atlet Harapan Malaysia 2016), pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014, penerima pingat emas Asian Diving Cup 2015, FINA Diving Grand Prix, Sukan SEA 2015, Sukan SEA 2017 dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.

Atas pencapaian cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Lebih membanggakan, atlet akuatik negara ini menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.

Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu, Dhabitah dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.