Jururawat HUSM maut ketika pulang dari tempat kerja

BACHOK – Seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Mahligai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Yah Rosmi Mohd. Noor, 57, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta seorang diri dari arah Kota Bharu menghala ke Bachok.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Arwah yang memandu kenderaan jenis Perodua Kancil telah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Honda Jazz yang dipandu oleh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) iaitu Saipul ‘Azlan Daud yang berusia 52 tahun.

“Insiden itu menyebabkan kereta mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Menurut Mohamad Ismail, pemandu kereta jenis Honda Jazz hanya mengalami luka kecil di bahagian rusuk sebelah kanan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, anak mangsa maut, Anis Nabilah Hilmi, 31, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, ibunya tinggal di Jertih, Terengganu dan berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di HUSM, Kubang Kerian.

Video:

Posted by Info Bencana Pahang dan Luar Pahang on Friday, July 2, 2021

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas dihubungi oleh bapanya, Hilmi Awang, 59. Menurutnya lagi, ibunya dalam keadaan biasa sahaja dan langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.

“Semalam, dia (ibu) baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan pelik,” katanya.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat kita semua, hati-hatilah semasa memandu pulang dari tempat kerja.

Sentiasa pastikan diri dalam keadaan baik sebelum memandu. Begitu juga dengan kenderaan kita. Pastikan kita kerap memeriksa kenderaan kita untuk memastikan ia berada dalam keadaan terbaik.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: K! ONLINE aksesinfo dbongkar fbinfobencanapahang terengganuviral

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.