“Memang tiada langsung nasib rakyat dalam kepala diorang..fikir kuasa je, nasib rakyat dibiarkan” -netizen sedih

UMNO tidak boleh mempertimbang tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa sudah tiada keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas mengaku secara terbuka, sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tawaran itu juga didakwa bersifat sogokan terbuka dan terdesak, hanya untuk memanjangkan hayat politik Muhyiddin.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen yang berpegang kepada sumpah jawatan untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan, Muhyiddin juga tidak wajar merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong, dalam menentukan urusan pelantikan Perdana Menteri.

“UMNO mengucapkan penghargaan atas pengakuan YB (Yang Berhormat) Pagoh yang akhirnya secara terbuka bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Dengan pengakuan ini, maka YB Pagoh sudah tiada lagi keabsahan untuk menjalankan tugas-tugas selaku Perdana Menteri yang sah sebagaimana Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, UMNO tidak boleh mempertimbang segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan,” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Dalam ucapan khas Perdana Menteri bersama memulihkan negara, hari ini, Muhyiddin mengumumkan pelbagai perkara dalam menambah baik pentadbiran kerajaan, termasuk cadangan kerjasama bipartisan dengan jemputan rasmi akan dihantar kepada semua pimpinan parti politik, minggu depan.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, UMNO turut menasihatkan rakyat supaya dapat bertenang sehingga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melaksanakan tugas dan tanggungjawab Perlembagaan baginda mengikut Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Beliau berkata, UMNO turut merakamkan penghargaan kepada 15 Ahli Parlimennya yang setia dan istiqomah mempertahan pendirian parti untuk terus membela institusi raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin kemuka cadangan persefahaman rentas parti

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat, sekali gus kerajaan boleh terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata, beliau sudah berunding dengan anggota Kabinet dan pimpinan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuat keputusan terbaik demi rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan peribadi serta rakan-rakan lain.

“Kami mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Ini akan membolehkan kerajaan terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan taya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung.

Beliau juga membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan.

“Pertamanya ialah mengenai peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen. Baru-baru ini saya telah mengumumkan pemberian peruntukan RM300,000 kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira parti politik bagi tujuan pembelian bakul makanan untuk diagih kepada rakyat yang memerlukan.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.