“Ini tanda2 ada bencana yang mendatang.. hati 2x.. ingat tsunami dulu, ikan banyak terdampar..” – netizen keliru

Ikan puyu sering dikaitkan dengan bermacam-macam mitos. Ada yang mengaitkan ikan air tawar ni dengan perkara-perkara mistik, malah ada juga yang mengaitkan ikan puyu dengan perubahan musim.

Hari ini, tular sebuah video pendek menunjukkan berpuluh-puluh ekor ikan puyu naik ke darat di luar sebuah surau di daerah Tanjong Karang. Warganet rata-rata mengaitkan insiden ini dengan petanda banjir, malah ada juga yang menganggap itu rezeki warga setempat.

Jemaah Surau Haji Sulaiman di Kampung Blok AGH Sawah Sempadan di sini gempar dengan fenomena ratusan ikan puyu dari parit tiba-tiba naik ke darat berhampiran surau berkenaan pada Rabu.

Rakaman video berdurasi satu minit 26 saat itu tular di laman Facebook sejak petang Rabu.

Menerusi rakaman video itu, kedengaran suara seorang lelaki memaklumkan bahawa fenomena itu dianggap sesuatu yang luar biasa berlaku di surau berkenaan.

“Ini satu keajaiban Surau Sulaiman pada hari ini (Rabu) kerana (terdapat) banyak ikan puyu naik ke darat,” katanya.

Menerusi video itu, kelihatan ratusan ikan puyu melompat ke darat di tepi surau, selain turut ditemui di dalam longkang surau.

Video tular itu menerima pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook.

Seorang pengguna Facebook menggunakan akaun nama Johan Shafiee berkata, kejadian ikan puyu naik ke darat merupakan fenomena biasa apabila hujan lebat.

“Hujan lebat menyebabkan berlakunya perubahan parameter air yang mungkin menjadi lebih asid.”Ikan puyu keluar untuk menyesuaikan diri atau beralih tempat,” katanya.

Seorang penduduk, Alif Firdaus Samah, 32, berkata, video berkaitan kejadian itu diterimanya menerusi seorang rakan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 5 petang Rabu.

“Benar kejadian ini berlaku di surau kampung kami dan saya difahamkan fenomena ini berlaku sebelum solat Asar,” jelasnya.

Peristiwa ikan puyu naik ke darat ini bukanlah benda baru. Tambah pulak kawasan air tawar kat Malaysia dah memang habitat dia. Tapi kalau dah naik sebanyak ni memang ajaib betul.

[VIDEO] Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang. Berita penuh klik https://bit.ly/3AIPN0K

Posted by Kosmo Online on Wednesday, August 18, 2021

sumber video kosmo

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.