Gadis Berusia 17 Tahun Ini Beli Honda Civic Cash Setelah Sebulan Berniaga

Boleh dikatakan pada masa kini terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan, terutama lagi dapat berniaga melalui platform membeli-belah dan media sosial.

Apa yang penting, seseorang itu harus rajin bekerja keras berusaha untuk berjaya dan kekayaan itu dapat diraih tanpa mengira usia.

Baru-baru ini, tersebar rakaman di aplikasi TikTok, seorang gadis berusia 17 tahun bernama Nur Haniy berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya walaupun hanya ‘budak SPM’.

Siapa sangka, hasil dalam sebulan menjalankan perniagaan, Haniy berjaya membeli sebuah kereta Honda Civic secara tunai.

Perkongsian Haniy tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang mengagumi usaha dan kerja kerasnya untuk mengecapi impian.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji anak-anak muda hari ini yang telah berfikir jauh ke depan dan sudah pandai dalam perniagaan.

a

Dalam pada itu, ramai yang berharap agar gadis berkenaan akan melanjutkan pelajaran walaupun sudah kecapi kejayaan dalam dunia perniagaan kerana ilmu itu sangat penting.

Sumber/Kredit: media bawang

PERHATIAN: Pihak Joho Daily tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Joho Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.