Ini kalau beratur kat masjid macam ni ..confirm sorg kene kompaun 2 ribu..haritu juga buat roadblock tentera polis semua turun ..

Kehadiran orang ramai di Rumah Prihatin@Grand Seasons di Jalan Pahang, hari ini berpunca dari salah faham dan berita kononnya Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) untuk bukan warganegara.

Pengurusan Rumah Prihatin@Grand Seasons dalam kenyataan berkata, pengambilan vaksin secara daftar terus untuk warga asing adalah di PPV Bukit Jalil.

“Akibat salah faham berkenaan berlaku ‘rush crowd’ luar biasa di luar jangkaan pengurusan dan penguatkuasa. Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai, walaupun diberikan arahan dan amaran.

“Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL. Program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak membabitkan mana-mana pihak lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Rumah Prihatin kesal dengan kejadian berkenaan dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

“Kami ingin menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftaran terus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja,” katanya.

Terdahulu, tular tiga video memaparkan sekumpulan individu bersesak di PPV berkenaan sehingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.

Rakaman video itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di Instagram melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta pihak penguat kuasa memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Season dan PPV Bukit Jalil yang tular di media sosial hari ini, tidak berulang lagi.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, beliau sendiri terkejut apabila melihat video tular terbabit hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya harap pihak penguatkuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak.

“Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta polis supaya kejadian ini dapat ditangani segera,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

Ini kalau beratur kat masjid macam ni ..confirm sorg kene kompaun 2ribu..haritu juga buat roadblock tentera polis semua turun ..
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dalam ciapan di Twitter turut menyatakan rasa terkejutnya dengan apa yang berlaku.

Kata Annuar, maklumat awal yang diterimanya menyatakan ramai warga asing datang secara “tiba-tiba” untuk mendapatkan vaksinasi di situ.

Bagaimanapun, katanya lagi, keadaan kembali normal selepas tindakan segera pihak berkuasa.

“Khidmat vaksinasi di sini sudah berjalan dua hingga tiga minggu tanpa masalah begini. Polis dan petugas sedang siasat puncanya,” katanya lagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya pula dalam satu kenyataan, berkata pihaknya telah mengarahkan pasukan pematuhan ke PPV berkenaan untuk mengawal keadaan.

“Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagaimana SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di PPV tersebut sehingga program vaksinasi selesai,” katanya.

Keterangan yang mengiringi video tular itu menyatakan yang ia dirakam oleh satu pasangan suami isteri yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke Kampung Baru, ketika mereka melihat keadaan berpusu-pusu di luar PPV.

Dengan masih memakai topi keledar, penunggang motosikal itu dilihat berdiri sedikit jauh daripada barisan dan meminta mereka agar menjaga jarak antara satu sama lain.

Malah dia juga dilihat berkata-kata dalam keadaan marah di depan kamera, dengan menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali agar “melakukan sesuatu’, selepas mengambil kira ramai yang beratur itu adalah di kalangan warga asing.

Beberapa anggota polis kemudian dilihat mendekati lelaki itu. Dia kemudian meminta polis agar menangani perkara itu.

Pasangan itu kemudian berkata mereka kembali ke PPV itu selepas 40 minit untuk melihat keadaan. Walaupun kelihatan ia kurang sesak seperti sebelumnya, masih ada orang ramai yang berlegar di luar bangunan tanpa menjaga penjarakan fizikal.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.