“Ini sekali gus menunjukkan bahawa tuntutan #Lawan didukung oleh setiap lapisan masyarakat” – Sekretariat Solidariti Rakyat

Petaling Jaya – Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang dana kepada tabung bantuan guaman dan kompaun 31 peserta acara nyalaan lilin di Dataran Merdeka, khamis lalu. SSR dalam satu kenyataan media mengatakan sumbangan berjumlah RM92,800 itu dikumpulkan dalam masa sehari yang melibatkan transaksi dari 688 individu.

“Ia melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.”

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa tuntutan #Lawan didukung oleh setiap lapisan masyarakat di dalam usaha bersama menggerakkan proses pendemokrasian di Malaysia dan menjamin kelangsungan kehidupan rakyat biasa,” tambah kumpulan itu.

“Kepercayaan rakyat kepada gerakan #Lawan akan kami peluk erat dalam setiap gerak kerja kami.

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #lawan,” kata kenyataan tersebut.

SSR turut memaklumkan bahawa pihaknya akan memperincikan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk memastikan ketelusan mereka dalam mengendalikan sumbangan yang diterima dalam waktu terdekat.

Pada 19 Ogos lalu, kumpulan yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan selepas di dapati melanggar prosedur operasi standard pelan pemulihan negara kerana terbabit dalam perhimpunan yang bermula pukul 8 malam.

Penganjur mendakwa pihak polis tidak mempedulikan tuntutan mereka untuk mengetahui mengapakah mereka ditangkap, dan sebaliknya menyeret sebahagian daripada peserta ke dalam kenderaan Black Maria untuk dibawa ke balai polis.

Semalam, melaporkan SSR memohon bantuan orang ramai untuk membayar kompaun berjumlah RM62,000 dengan 31 peserta terbabit dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang.

antara kata-kata pembaca:

“hahaha Masih ramai rupanya Ahli PH ni eh? dh kena kencing pun Masih ramai yang Setia ” – John Labu

“Gimik aje ini …kononnya ada orang yang setuju akan perbuatan mereka padahal sememang sudah ada sponser ” – Kuih Talam

“Hahaha wayang lebih..jual nama org ramai plak, konon nk bg nampak sokongan dari org ramai.. kalau btoi ada yg derma tu perbuatan yg sia sia,derma pada benda yg boleh memudaratkan.. ” – Kerol Garcia

“penipu je tu…nk buat cerita kt org luar yg geng ni dpt sokongan masyarakat..cait,xdenye yg bongok nk pi bagi duit..baik sedekah kt jiran2 musin2 covid ni.
#Palatau ” – Ahmad Sharim CR

“Tade al pun sapa nk derma.Buat la lg.Kene cekup lg mintak derma lg…Polis 1sen pun tak rugi.Lama2 melingkup takde sape nk bagi.Ha3. ” – Ejump Hasan

“tu sembang nk sedap kan cite je,rasa nye penderma tu pun d kalangan mangkuk hayun depa jga,ahli2 politik pebangkang yg merangcang perarakan tu jga,ingat rakyat ni bodoh2 ke nak bgi duit kt depa ni ” – Zaidi Zulkifli

“Rezeki korg la to.. Ad jgk org nk tolong.. Duit lebih to ada lagi.. Apa ad hal.. Buat lah lgi provokasi… Nnti bayar guna duit balance too hahahahaa ” – Zuwwan Xi

 

 

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.