Wanita ini ‘jeles’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah – “Mereka tak nak ajar lebih-lebih”

KEPELBAGAIAN kaum di negara ini menjadikan Malaysia begitu unik.

Bukan hanya makanan, festival, perayaan dan pakaian tradisional yang menyatukan rakyat Malaysia, tetapi ada ramai juga di antara kita yang mampu bertutur bahasa kaum lain dengan fasih dan lancar.

Jika dilihat di media sosial, terdapat banyak posting yang dimuat naik memaparkan keunikan ini, contohnya ada orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin ataupun Tamil sebagaimana perkongsian wanita ini.

Wanita ini ‘jeles’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah – “Mereka tak nak ajar lebih-lebih”

Shima (kiri) dan keluarganya sudah lebih dua tahun berjiran dengan wanita berbangsa Cina yang senang disapa Aunty ini.

“My sibs semua boleh speak in Mandarin while I’m the only one who can’t” demikian tulis wanita berkenaan pada perkongsian videonya di TikTok.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, wanita berkenaan cuba berinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Cina dengan bantuan kakaknya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur As-Sima Mohd Salim berkata dua orang kakak dan tiga abangnya fasih berbahasa Mandarin kerana menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sewaktu sekolah rendah.

“Ayah memang berhasrat nak hantar anak-anaknya bersekolah di sekolah Cina. Tujuannya nak didik anak-anak menguasai bahasa lain selain Bahasa Melayu supaya senang berkomunikasi dan ada faedahnya kelak.

“Tapi masa giliran saya nak masuk sekolah rendah, mak cadangkan supaya hantar ke sekolah kebangsaan biasa je. Maka kiranya saya ni anak pertama yang ‘break the rule’. Begitu juga seorang adik saya.

“Kiranya hanya kami berdua saja dalam tujuh beradik ni yang tak pandai langsung berbahasa Mandarin. Jadi bila kebetulan pula berjiran dengan orang Cina, kakak dan abang memang bersembang bahasa Mandarin. Rancak mereka berborak… kita langsung tak faham,” ujarnya yang senang disapa sebagai Shima.

Video:

@chimon6599Subtitle tu pun taktahu betul ke tak skskksksks ##FreeFire4nniversary ##MalaysiaDiHatiku ##fyp♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Menurut wanita berusia 22 tahun ini lagi, selain cuba ‘berguru’ dengan adik beradik, dia juga pernah mengambil kursus bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga ketika menuntut di universiti sebelum ini.

“Tapi saya hanya tahu serba sedikit pasal perkara yang basic saja… tak fasih macam abang dan kakak. Kadang-kadang belajar juga dengan mereka tapi mereka tak nak ajar lebih-lebih.

“Sebab mereka selalu guna bahasa Mandarin sesama sendiri kalau nak berahsia… habislah kalau saya pula fasih,” ujarnya sambil berseloroh.

Bercerita mengenai jirannya pula, Shima berkata mereka mula berjiran sejak sama-sama menetap di kawasan perumahan yang terletak di Pekan, Pahang itu kira-kira dua tahun lalu.

Wanita ini ‘jeles’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah – “Mereka tak nak ajar lebih-lebih”

Tradisi kunjung mengunjung sudah menjadi kebiasaan. (Gambar sebelum PKP).

“Kami masuk ke perumahan ni lebih kurang sama iaitu ketika kawasan ini baru dibuka. Memang ramai keluarga Cina di perumahan ini, namun aunty ni rapat sebab betul-betul berjiran sebelah rumah.

“Dia dan suaminya tinggal berdua sahaja sebab anak-anak dah besar. Memang selalulah dia bersembang dengan mak dan kami adik beradik. Selain aunty ni, keluarga kami rapat juga dengan keluarga Orang Asli yang juga berjiran.

Saya hanya tahu serba sedikit pasal perkara yang basic saja… tak fasih macam abang dan kakak.

NUR AS-SIMA MOHD SALIM

“Bukan setakat bersembang tanya khabar saja, mak saya dan jiran ni bertukar-tukar benih tanaman sebab punya hobi sama iaitu bercvcuk tanam. Kami juga meraikan hari perayaan masing-masing. Kalau Tahun Baru Cina, aunty akan hadiahkan makanan seperti buah-buahan.

“Begitu juga dengan keluarga Orang Asli, mereka akan beri makanan yang sesuai kerana hormat dengan sens1tiviti agama Islam. Sebagai balasan, mak akan buat kuih. Kalau Hari Raya pula, mak akan masak rendang serta ketupat untuk mereka. Memang terasa muhibah sangat,” ujar penuntut jurusan Teknologi Automotif di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini lagi.

Wanita ini ‘jeles’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah – “Mereka tak nak ajar lebih-lebih”

Shima bersama keluarga. (Gambar sebelum PKP).

Shima berkata dia sekadar berkongsi momen ‘random’ bersama pengikutnya di media sosial, namun tidak menyangka ia mengundang perhatian ramai.

“Sebenarnya dari satu sudut, ia menghantar mesej positif. Perkara seperti ini iaitu kehidupan berjiran terutama yang berbilang bangsa patut diterapkan kepada semua. Kita yang muda inilah main peranan.

“Inilah yang akan kita tunjukkan kepada adik-adik atau generasi akan datang… rajin-rajinkan diri bercampur dengan jiran lebih-lebih lagi yang berlainan bangsa. Rakyat harmoni juga penentu keamanan negara,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Wanita ini ‘jeles’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah – “Mereka tak nak ajar lebih-lebih”

Wanita ini ‘jeles’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah – “Mereka tak nak ajar lebih-lebih”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber: Mstar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.