3 Tahun Sebagai Pensyarah, Kini Najwa Latif Teruja Sambung Pengajian PhD Pula

Walaupun sibuk bergelar pensyarah sejak 3 tahun lalu, profesion tersebut tidak menghalang penyanyi Najwa Latif daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat d0ktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 26 tahun berkenaan terus menuntut ilmu sebanyak mungkin sehingga beliau dapat memajukan diri sebagai seorang pendidik dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

“Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.

“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” katanya.

Penyanyi Iagu Cinta Muka Buku itu mengakui, dia sangat teruja untuk mendapatkan gelaran d0ktor walaupun baru sahaja memulakan pengajian di universiti terkemuka itu.

“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar d0ktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.

“Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin,” ujarnya.

Sebelum ini, pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif itu bergraduasi dengan ijazah di peringkat sarjana dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2019, juga dalam bidang TESL.

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), OMM

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.