Connect with us

#viral

Tinggalkan Isteri Selepas Kahwin Lain. Siapa Sebenarnya Imam Muda Faris? Tak Sangka Ini Profil Beliau

Bila sebut nama Imam Muda Syed Mohd Faris, pasti ramai teringat akan kisahnya yang dikatakan berpisah dengan isteri setelah bernikah dengan wanita lain di Songkhla, Thailand.

Untuk makluman, Syed Faris merupakan salah seorang daripada finalis program dakwah Imam Muda Musim Ketiga. Selain beliau, barisan peserta yang menyertai Imam Muda 3 ialah Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 dari Johor, Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Tinggalkan Isteri Selepas Kahwin Lain. Siapa Sebenarnya Imam Muda Faris? Tak Sangka Ini Profil Beliau

Sebaik sahaja kisah perpisahan Syed Faris tersebar, sumber mengatakan bahawa beliau dengan serta-merta menghapuskan akaun Instagram peribadinya.

Ekoran itu, maklumat tentang aktiviti beliau atau gambar tidak banyak untuk dikongsikan dengan umum. Bagi yang musykil akan Syed Faris, berikut adalah serba sedikit info tentangnya.

Biodata Syed Faris

Syed Mohd Faris bin Syed Roslan nama diberi, lebih mesra dipanggil Faris. Beliau berusia 34 tahun dan dilahirkan di Hospital Besar Ipoh pada tanggal 20 September 1986.

Pendidikan awal bertempatkan di Darul Quran Jakim dan selepas itu beliau giat menggalas tugas sebagai penceramah agama.

Selepas itu, Syed Faris membina mahligai bersama Nur Hidayu Rosly dan dengan berkat Allah SWT, mereka berdua dikurniakan 5 anak iaitu Sharifah Aisyah berusia 12 tahun, Syed Husayn berusia 10 tahun, Sharifah Fatimah berusia 5 tahun, Syed Muawiyyah, berusia 3 tahun dan Sharifah Safiyyah, berusia lapan bulan.

Fakta Menarik

Sebelum menceburi bidang pendakwah dan penceramah, beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar suatu ketika dahulu. Untuk mengisi masa lapang pula, beliau kerap mengisinya dengan bersukan seperti badminton dan sepak takraw, selain dari melayari internet.

Tinggalkan Isteri Selepas Kahwin Lain. Siapa Sebenarnya Imam Muda Faris? Tak Sangka Ini Profil Beliau

Dikatakan sebagai orang yang peramah, Syed Faris senang bergaul dengan orang sekeliling. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah akui mempunyai kelemahan iaitu mudah merapu.

Makanan kegemaran Syed Faris adalah laksa, rojak buah, nasi ayam dan minuman kegemarannya adalah Bandung dan Teh Tarik. Beliau juga meminati muzik genre Nasyid dan Kitaro.

Selain meminati penyanyi Hazamin (Inteam), Azwan (Far East) dan Munif Hijjaz, Faris juga minat dan kagum dengan bakat seni Afdlin Shauki dan Saiful Apek. Untuk kategori filem, ’KL Gangster‘ adalah filem kesukaannya.

Tanggal 18 Mac 2020, Faris telah didakwa oleh isterinya Hidayu mengatakan Faris berkahwin buat kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand.

Hidayu dan Faris berpisah pada tanggal 28 Mei 2020 bertempatkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dengan talak satu.

Sumber: limauais.pw

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya