
Malam tadi telah berlangsungnya acara akhir rancangan realiti Famili Duo di mana pasangan adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara. Pasangan duo ini membawa wang ganjaran sebanyak RM100,000.
Manakala Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang merangkul tempat kedua membawa pulang wang RM20,000. Memetik laporan Xtra, walaupun tak juara, pasangan ini berpuas hati dapat berikan yang terbaik untuk menghargai sokongan peminat. Puas hati dapat beri yang terbaik.
Ayda juga mendedahkan dia mengeluarkan kos melebihi RM150,000 untuk 8 minggu pertandingan.
Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.
Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.
Namun begitu, dia gembira dapat berkongsi rezeki dengan pemuzik dan orang di belakang tabir seperti props, tetamu undangan, jurusolek, pereka fesyen dan ramai lagi. Dia menganggap kos yang dikeluarkannya itu adalah rezeki untuk orang lain.
Menurut Fyna pula, platform Famili Duo menjadi peluang kedua untuk dirinya kembali aktif sebagai penyanyi setelah sekian lama menyepi.
“Saya dah lama tak muncul di kaca televisyen, jadi program ini satu permulaan yang baik untuk karier saya. Kami dah berikan terbaik dan semuanya boleh dilihat dalam setiap persembahan yang kami tonjolkan.
“Saya rasa bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang tak berhenti memberi semangat. Ayda bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk kami walaupun dia sibuk dan mempunyai anak kecil sampai tak cukup tidur selama lapan minggu,” kata Fyna.
Sumber : ohmedia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Leave a Reply