Bergesel dengan lori treler. Adik berhasrat melawat ibu tak sempat maut kemalangan

Sumber: Mr Wan Cai Official

NIAT pulang untuk bertemu ibu namun, akhirnya pulang ke pangkuan si ibu sebagai jenazah. Kembalinya seorang anak lelaki harapan si ibu kepada Pencipta-Nya. Jenazah nahas kemalangan jalan raya selamat Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudhah Nilai.

Allahyarham Qamarul Ariffin Bin Jasmi 25 tahun meninggal dunia selepas bergesel dengan sebuah lori treler. Kemalangan yang meragut nyawa anak muda berusia 25 tahun itu berlaku di lebuhraya Elite berhampiran susur ke Sepang.

Dikatakan arwah hendak pulang ke rumah kakaknya di Nilai untuk melawat ibunya. Si ibu dikatakan menetap bersama kakak arwah. Oleh kerana rindukan ibunya, arwah mengambil cuti tahunan dan berhasrat untuk pulang menemui ibunya itu.

Bergesel dengan lori treler. Adik berhasrat melawat ibu tak sempat maut kemalangan

Arwah bertolak dari Wesport setelah habis waktu berkerja sekitar pukul 04.00 petang pada sabtu yang lalu. Ketika dalam perjalanan motosikal yang ditunggang oleh arwah bergesel dengan sebuah lori treler
dan terbabas dan arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

Arwah menyewa rumah di Pulau Indah bersama 2 orang rakan bujangnya dan baru 5 bulan berkerja di Wesport. Arwah adalah anak kedua dari 3 orang adik beradik. Yang pertama kakaknya dan yang ketiga pula ialah adik perempuan arwah.

Bermakna arwah adalah anak lelaki tunggal di dalam keluarga selepas bapanya meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Kini anak harapan di dalam keluarga telah pergi selama lamanya meninggalkan ibu dan dua lagi adik beradik.

Bergesel dengan lori treler. Adik berhasrat melawat ibu tak sempat maut kemalangan

Pihak keluarga telah menghubungi kami pada hari sabtu yang lalu melibatkan pengurusan jenazah arwah. Oleh kerana perlu melalui proses saringan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sebelum boleh dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Semoga ibu dan adik beradik arwah redha dengan kehilangan insan yang mereka sayang. Setiap yang berlaku sudah Allah tetapkan. Kehidupan dan kematian manusia hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Salam takziah!

Bergesel dengan lori treler. Adik berhasrat melawat ibu tak sempat maut kemalangan

Bergesel dengan lori treler. Adik berhasrat melawat ibu tak sempat maut kemalangan

Reaksi warga maya

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.