Connect with us

#kerabat

TMJ Balas Soalan Cucu Tun M, Kena Sound Setepek Bagi Jawapan Win

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail pada minggu lalu telah bertindak menegur yang diketahui ditujukan terhadap perbuatan Tun Mahathir yang masih sibuk menubuhkan parti politik yang baru dan ia mengundang perpecahan puak yang lebih teruk dalam masyarakat Melayu.

Baginda mahu ekonomi diperbaiki dengan lebih fokus supaya ia dapat menolong mengurangkan beban ditanggung rakyat.

Selepas TMJ bertitah, Adam Mukhriz bertindak menjawab titah baginda dengan mempersoalkan keadaan nasib rakyat tetapi dalam masa yang sama dilihat kehidupan TMJ yang sangat megah.

Lalu, Baginda kemudiannya menjelaskan segala benda yang dibeli baginda, datangnya dari duit baginda sendiri tanpa menggunakan harta orang lain walau sedikit.

Menampakkan isu itu, anak perempuan Mukhriz Mahathir lalu menyampuk dan bertanya melalui laman sosial Twitter dengan ton yang biadap kepada TMJ:

“Where did u get ur money boss,” Ciapnya di Twitter.

Keturunan Tun Mahathir tidak tunjuk hormat terhadap Raja-Raja Melayu adalah lumrah bagi mereka.

Namun persoalan biadap Serena Mukhriz tidak dibiarkan apabila TMJ membedil ciapannya dengan menjelaskan sumber kekayaan baginda.

“Alhamdulillah, berkat berniaga since 1885, we’re blessed by good fortune. Even hadiahkan Brit Govt aeroplanes before yr grandfather was born”

“Now may i knw how yr fam became so rich? Just a ? because I dream of being as rich as yr Fam. I hope they wld be so kind to teach me.” Tambah baginda menanyakan semula soalan kepada anak Muhkriz Mahathir.

Secara jujurnya, ramai orang memiliki perasaan ingin tahu bagaimana keturunan Tun Mahathir dan dia sendiri boleh menjadi sangat kaya.

Kekayaan keturunan diraja Johor tidak menjadi perbualan dan ianya adalah normal. Tetapi kekayaan keluarga besar Serena Mukhriz menimbulkan tanda tanya.

Harap anak Mukhriz Mahathir itu dapat mendedahkan rahsia itu agar lebih ramai Melayu jadi ‘jutawan’ dan tidak lagi dilabel ‘Melayu Malas’ oleh datuknya itu.

Sumber: Mynewshub / JemputBaca

Continue Reading

Trending