[ViDE0] Mahu Menjadi Doktor, Putera Sulung Johan Dan Ozlynn Melanjutkan Pengajian Di Luar Negara

Bagi anda yang mengikuti akaun media sosial milik selebriti Johan dan Ozlynn, pasti akan kagum dengan cara dan ketegasan pasangan berkenaan dalam mendidik anak-anak mereka.

Baru-baru ini, menurut laporan Astro Gempak, putera sulung mereka Ariq telah berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pengajian dipercayai dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland semalam.

a

Melalui perkongsian di laman lnstagram, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail memuat naik foto dan video menunjukkan antara momen dan saat terindah remaja itu bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Menurut Ozlynn, anak lelakinya itu mempunyai sifat manja yang diibaratkan seperti ‘baby besar’ walaupun semakin meningkat dewasa.

“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh bukak pon dia selamber jek bukak.

“Tidur ketiak papa lagi.. kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur.. ada ke macam dia nih.. masih baby di mata papa n mama,” tulis Ozlynn.

a

Bagaimanapun aktres drama Bukan Gadis Biasa itu berkata, Ariq kini perlu menjalani kehidupan baharu sekali gus berdikari serta menguruskan segalanya dengan sendiri selain menitipkan doa buat anak tersayang.

“Sekarang b4by besar ni dah mula kena berdikari, urus diri sendiri, makan minum semua dah takde siapa suapkan..

“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah..

“Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu.. dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,” ujarnya.

a

P0sting tersebut dihujani k0men pengikut pasangan itu dimana rata-rata mengucapkan selamat maju jaya kepada Ariq dalam menempuhi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar sehingga berjaya.

aaa

Terdahulu, Johan dan Ozlynn yang berkahwin pada 25 Julai 2009 turut dikurniakan Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan seorang lagi cahaya mata yang belum didedahkan namanya.

a

Sumber: lnstagram Johan & Ozlynn, OMM

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.