Sejak Sekolah Jadi Wanita, Pemuda Kembali Pada Fitrah Tinggalkan Dunia Pondan – “Ibu Sakit, Takut Tak Dapat Keampunan Ibu”

PONDAN, mak nyah atau transgender bukanlah golongan yang wujud kesan daripada persekitaran moden, demokrasi dan kebebasan hak asasi sebaliknya sudah lahir sejak zaman Nabi Lut AS.

Ini yang berlaku kepada seorang pemuda yang kini menyedari tindakannya menukar dirinya menjadi perempuan adalah satu tindakan yang tidak wajar malah dilarang agama.

Gara-gara adik-beradik perempuan gemar memakaikan dirinya aksesori dan pakaian wanita ketika kecil, pemuda ini melalui detik ‘hitam’ apabila mempunyai naluri yang mendorong dirinya menjadi seorang wanita.

Mesra disapa sebagai Amin, pemuda ini tanpa silu dan secara terbuka menceritakan kisah transformasinya ketika menjadi ‘pondan’ ketika dihubungi mStar.

Berkongsi cerita kepada mStar Online, Nik Mohd Amin kini lebih tenang selepas kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki sejati apabila menyedari perubahan menjadi ‘pondan’ itu adalah berdosa di sisi agama.

“Saya tak segan nak cerita sebab saya betul-betul dah berhijrah. Sekarang, sudah dua tahun saya tinggalkan ‘dunia’ itu.

“Ada yang kecam bila muat naik video saya berhijrah di TikTok dan ada juga yang memberi semangat, saya ambill yang baik sahaja,”

“Cukuplah dengan dosa yang saya lakukan, tak sanggup lagi nak hidup dalam keadaan macam tu,” kata pemuda berusia 22 tahun itu.

@nickaa__Ni ke yg viral tu🤣🤣 ##fypシ##nickalishhh♬ original sound – °salsabil°

Menurut Amin yang berasal dari Tumpat, Kelantan, naluri untuk menjadi seorang perempuan telah wujud sewaktu dia kecil lagi apabila kakak-kakaknya gemar memakaikannya dengan barangan wanita.

“Sejak kecil, kakak-kakak saya gemar memakaikan saya dengan pakaian dan aksesori wanita. Masa tu mereka pakaikan saya tudung, alat solek dan baju-baju perempuan. Ketika itu saya terlalu kecil dan tak mengerti apa-apa lagi,

“Semasa sekolah menengah saya memang betul-betul tukar diri saya kepada wanita. Saya pakai tudung, bersolek, pakai pakaian wanita dan berkelakuan seperti wanita. Saya tidak malu mengaku saya ni transgender.

Bercerita lanjut, Amin yang berasal dari Kelantan itu mengakui tidak malu untuk menukar penampilan dan berkelakuan seperti seorang perempuan walaupun dipandang serong

“Larangan keluarga pun saya tak peduli, degil betul saya waktu itu malah menukar nama kepada Alish selain mengaku seorang transgender.

“Saya ambil pil hormon, payudara saya semakin membesar dan kulit pun bertukar seperti wanita. Saya juga ada niat nak operate bahagian bawah tapi belum cukup duit ketika itu,” ujarnya.

Dia yang kini berniaga barangan kosmetik mendedahkan, keputusan bagi meninggalkan dunia pondan itu bermula selepas mengetahui ibunya jatuh sakit pada dua tahun lalu.

@nickaa__Tq yg mana doakan saya😭😭♬ son original – Amel RiseUp OFFICIEL

“Saya takut jika tak dapat keampunan kalau terjadi apa-apa kepada ibu. Masa itu, keluarga kata ibu sakit disebabkan saya. Ibu memang sakit darah tinggi dan tidak boleh terlalu tertekan.

“Saya bersyukur kerana Allah jentik hati saya terlebih awal sebelum saya mengambil tindakan yang lebih jauh,”

“Saat itu saya perlahan-lahan berubah. Sukar untuk saya melakukan penghijrahan itu tetapi apabila memikirkan ibu…

“…serta tak mahu menconteng arang ke muka keluarga lagi, saya kuatkan diri sehingga hari ini,” luahnya.

Amin bersyukur walaupun masih ada yang menghina masa lalunya, tetapi tidak kurang juga yang menerima perubahan dirinya dengan baik.

Pesan Amin yang kini bekerja sendiri sebagai seorang peniaga barangan kosmetik, jika ada niat untuk mengubah fitrah diri, fikir terlebih dahulu sebelum menyesal di kemudian hari.

SETIAP orang mempunyai kisah silam tersendiri. Tidak kiralah besar atau kecil kisah silam itu, apa yang penting kemahuan untuk memperbaiki diri dan tidak mengulanginya lagi.

Sumber: mStar Online (Aisyah Badrul) , TikTok @nickaa__ OMM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.