Connect with us

#viral

To’ki berat hati pindah rumah, Pegawai PPZ dedah punca sebenar

Mohd Zaki Mansur atau lebih dikenali sebagai To’ki merupakan penyanyi terkenal pada era 90-an. Beliau telah menjadi bualan dikalangan netizen sejak beberapa hari lepas.

Bagi yang mengenalinya, pasti tahu akan merdunya suara beliau dengan lirik bak puitis.

To’ki baru-baru ini telah menerima kunjungan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan niat untuk memberi bantuan.

“Rumah baharu bakal diberikan kepada To’ki dan juga isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof.” kata Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Ahmad Shukri juga menambah bahawa isteri kepada To’ki telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan tulang pinggul isterinya patah.

“To’ki dan isterinya perlu kediaman yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ketika saya berkunjung, tidak sangka, keadaan tempat tinggal mereka agak ‘par4h’. Malah, boleh dikatakan agak kriti1kal.” Ujar Ahmad Shukri.

Syabas PPZ Wilayah Persekutuan atas tindakan pantas.

Gepostet von Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri am Mittwoch, 1. Juli 2020

Pegawai PPZ dedah sikap sebenar To’ki

Ahmad Shukri berkata, To’ki berat hati untuk berpindah kerana pondok itu menjadi tempat mencari ilham dan inspirasi dalam berkarya.

“Kami bertanya apa keperluan yang dimahukan, namun, To’ki bukanlah suka meminta-minta,” katanya kepada BH Online.

To’ki meluahkan perasannya yang berat hati untuk meninggalkan kediamannya atas sebab tempat itu adalah sumber beliau mencari ilham dan bermahakarya.

Mendengarkan luahan itu, Ahmad Shukri bercadang untuk mencari rumah yang dekat dengan tempat kediamannya cuma perlu diberi tempoh seminggu. “Pasukan saya akan mencari rumah berdekatan agar To’ki boleh kembali ke pondok pada bila-bila masa untuk berkarya.”

Bukan hanya rumah, tapi kelengkapan dan keperluan dirumah juga akan diberikan kepada penyanyi legenda ini. Malah, kos baik pulih kenderaan milik To’ki juga akan dibayar sepenuhnya. Bukan itu sahaja, bagi memudahkan isteri To’ki yang aktif dalam bidang penulisan kreatif, sebuah komputer riba akan diberikan.

“Melihat keadaan isteri To’ki yang ditimpa kemal4ngan, kami akan hadiahkan tongkat dan kerusi roda buatnya,” kata Ahmad Shukri.

Ebit Lew Juga Turut Membantu

Sementara itu, kunjungan penceramah popular, Ustaz Ebit Lew ke pondok usang To’ki selepas dimaklumkan pengikut akaun Facebook (FB), menghangatkan lagi kisah To’ki di alam maya.

Melalui catatan di FB, Ustaz Ebit tersentuh melihat pondok didiami To’ki terletak jauh di pedalaman.

“Sampai sahaja, saya berdebar kerana rumah To’ki terletak jauh di dalam. Dari jauh To’ki menyambut dan memelluk saya tanpa sempat cakap apa-apa. Kami macam sudah lama kenal.

“To’ki bertanya mengapa Ustaz buat semua ini, buat kebaikan kepada semua orang tanpa mengharapkan balasan,” katanya.

Ustaz Ebit berkata, dia mendapat tahu, To’ki mendiami pondok itu sejak setahun lalu.

“To’ki menjaga dan mengurus isterinya yang tidak boleh banyak bergerak,” katanya.

Lebih menyentuh hati, tambah Ustaz Ebit, To’ki perlu mengangkut air dari sungai berdekatan disebabkan ketiadaan bilik air.

Sehubungan itu, Ustaz Ebit mahu menyediakan tandas buat To’ki dan isteri.

“Insya-Allah, saya akan bantu menyediakan tangki, pam air sungai dan bilik air. Saya juga mahu hadiahkan peti sejuk dan dan mesin basuh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah kedalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz. InsyaAllah akan bantu untuk Tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Melihat situasi ini, Ya Allah sebak dengar. Semoga Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada To’ki dan isterinya. Aaminn!

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan ebitlew

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya