(VIDEO) Tiba-Tiba Panjat Dinding Rumah, Ibu Sayu Dua Anak Terkena Buatan Orang.

SIHIR adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Banyak peristiwa yang memaparkan tentang penangan ilmu sihir termasuk menggunakan susuk dan jampi serapah untuk kelihatan cantik, menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan suami isteri, ilmu pukau dan santau untuk menganiaya orang lain selain mendatangkan penyakit mental dan fizikal kepada mangsa.

Ibu mana yang sanggup melihat anak-anak sengsara, lebih-lebih lagi kena buatan orang. Walaupun dah masuk tahun 2021, namun masih ada individu tak bertanggungjawab lakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

Cukuplah mama dah kehilangan Along…aku boleh jadi gila tengok keadaan anak-anak tapi tetap redha dgn ujian-Mu

Sejak beberapa hari lalu, wanita dikenali sebagai Puan Rozita ini berkongsi luahan pilu tentang 2 orang anaknya. Azri Daniel atau Acik menderita masalah buah pinggang kronik walaupun di umur belasan tahun. Manakala Aliya Mysara atau Adik pula tiba-tiba berkelakuan pelik di rumah dan pernah keluar rambut daripada mulutnya. Meskipun musibah tak terkawal ini membuatnya ‘naik gila’, namun dia tetap ikhtiar sehabis mungkin sebagai seorang ibu.

VIDEO) Tiba-Tiba Panj4t Dinding Rumah, Ibu S4yu 2 Anak Terkena Buatan Orang

 

@ros_801ya allah kuat kn la aku ini aku tak nk tgk ank aku macm ni kerana hati ku tak kuat lagi @muhammadairis abg gha sabr la ye mama yakin adik” akn sihat♬ bunyi asal – ros_.delitamawar2 – aleeya mysarah 💘

@ros_801Hidup mati keluarga ku hanya kerana Allah ..aku redha kehilangan arwah along … skrg adik dan acik sakit teruk ya Allah kesian ni lah aku ..♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Apa salah mama sampai anak yang baik jadi macam ni…pada yang lakukan perkara syirik ini, akan dapat balasan

Selain mempersoalkan mengapa anak-anaknya terpaksa hidup mender1ta sedemikian, Puan Rozita juga berharap sang pelaku dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Dalam pada itu, dia turut mengharapkan doa daripada orang ramai agar diselamatkan daripada ujian tersebut.

@aleeya_057ya allah semoga aku tabh selalu untuk keluaga ku kuat kn la hati ku ini untuk terus hidup aminnnn♬ original sound – 🎶Hăns Lącông⚓ – ♫ 𝐇ăή𝔰 𝕷ą𝖈ô𝖓𝖌⚓

Sanggup buat orang sampai jadi macam tu…tak ada rasa belas kasihan ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkilan dengan pihak yang sanggup melakukannya. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing tatkala berdepan ujian serupa keluarga tersebut.

VIDEO) Tiba-Tiba Panj4t Dinding Rumah, Ibu S4yu 2 Anak Terkena Buatan Orang

VIDEO) Tiba-Tiba Panj4t Dinding Rumah, Ibu S4yu 2 Anak Terkena Buatan Orang

 

VIDEO) Tiba-Tiba Panj4t Dinding Rumah, Ibu S4yu 2 Anak Terkena Buatan Orang

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Kejadian sihir turut berlaku dalam kalangan umat Nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Buktinya amat jelas seperti mana Allah SWT menafikan Nabi Sulaiman AS kufur akibat perbuatan sihir, tetapi sebenarnya yang kufur itu adalah syaitan berdasarkan keterangan ayat 102 surah al-Baqarah.

Demikian juga banyak keterangan daripada al-Quran yang menyebutkan kisah Nabi Musa AS yang melawan sihir dari tukang-tukang sihir Firaun seperti yang dijelaskan dalam surah al-A`raf ayat 116-121, surah Taha ayat 65-70, surah al-Shu`ara’ ayat 44-45.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik kepada-Nya dan serta mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhan-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.