“Terlalu Banyak Ugutan Diterima” – Caprice Akan Jelaskan Satu2, Korang Akan Tahu Kenapa 1 Malaysia Kena Tipu.

Video di akhir artikel ini

PENJELASAN dan jawapan panjang lebar Ebit Lew mengenai kontroversi yang dicetuskan oleh Caprice akhirnya mengundang reaksi ringkas dari penyanyi rap tersebut.

Caprice atau Ariz Ramli, 33, memilih untuk memberi respons terhadap tuduhan pendakwah terkenal itu berkenaan pertemuan mereka di ɢᴀᴢᴀ, ᴘᴀʟᴇsᴛɪɴ.

Menerusi laman Instagramnya,  Caprice memuat naik video sebagai jawapan kepada tuduhan pendakwah, Ebit Lew yang sebelumnya mendakwa penyanyi tersebut menepis tangannya setelah berpelukan.

Betul ke Caprice tepis?

Caprice dalam perkongsian itu juga mengatakan bahawa dia tidak boleh mendiamkan diri dan mengakui berdepan pelbagai ugutan dan ancaman setelah Ebit menyatakan kekesalannya melalui siaran langsung di Facebook baru-baru ini.

Menurut pemilik nama Ariz Ramli itu, tuduhan itu sangat berat dan serius yang disifatkan sebagai fitnah sehingga dirinya tidak dapat lagi berdiam diri.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah.. terlalu banyak ugutan diterima… jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu persatu dan pertahankan setiap tuduhan. Fitnah adalah jenayah dalam Islam, lagi teruk dari membunuh,” tulisnya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu menambah , khalayak ramai akan memahami dan membuka mata terhadap apa yang terjadi sehingga dirinya dituduh menderita tekanan perasaan dan emosi sebelum ini.

“InsyaAllah pada penghujungnya, anda akan melihat dan memahami mengapa saya sakit hati dan kenapa selama ni satu Malaysia kena tipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah.

“Tentang isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa berlaku di ɢᴀᴢᴀ yang buat Caprice sakit hati semua akan dijawab.

“Maaf tapi saya dah tak boleh terima segala cacian atau makian lagi sementara orang2 kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya.

Dia Tepis Tangan Saya

Terdahulu menerusi sidang video yang dibuat secara langsung di media sosial, Ebit berkata seperti ada yang tidak kena di hujung pertemuannya dengan Caprice.

“Saya ajak makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa.

“Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit.

“Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” demikian cerita Ebit pada sesi berkenaan.

Kronologi Awal

Pada Jumaat minggu lalu, Caprice membuat pendedahan dan meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ebit yang dikatakan telah menimbulkan kemarahan rakyat ᴘᴀʟᴇsᴛɪɴ.

Caprice turut membuat beberapa tuduhan dan merancang untuk membongkarkan perkara yang sebenarnya terjadi di ɢᴀᴢᴀ.

Bagaimanapun Ebit pada Rabu, membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan sesi Instagram live yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Caprice masih meneruskan perjuangan di ᴘᴀʟᴇsᴛɪɴ ini berdoa untuk Ebit Lew serta kumpulannya biarpun misi mereka ke ɢᴀᴢᴀ sangat berbeza.

“Saya doa untuk Ebit Lew dan team Ebit Lew, walaupun misi kita ke ɢᴀᴢᴀ sangat berbeza, kalau kita tak boleh berdamai antara kita, apa lagi di ᴘᴀʟᴇsᴛɪɴ?

“Selama kita berada di sini, saya masih rujuk kepada Ulama dan berapa ustaz tentang perjalanan saya di sini dan Alhamdulillah, walaupun semua tegur cara saya, tetap minta saya teruskan dengan misi dan pejuang kita,” katanya.

Tonton video disini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sumber: Instagram Caprice OMM mStar Utusan

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.