“Kalau Dah Kaya, Buat Diam Sajalah..” Tak Payah Cakap Sesuatu Yang Menyakitkan Hati Orang.

Siapa saja yang tidak mengenali dengan pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya dimana dia juga merupakan seorang penulis terkenal yang turut aktif dalam menulis lirik di persada hiburan tanah air.

Baru-baru ini, Ahmad Fedtri Yahya, melalui laman instagramnya telah menegur segelintir individu yang suka memperlekeh dan memandang rendah orang lain.

Menurutnya, perkongsiaan yang dimuat naik itu hanyalah status yang dimuat naik secara umum, dan tidak melibatkan mana-mana pihak, namun rata-rata wargamya mengaitkannya dengan promosi sebuah syarikat makanan segera popular yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fedtri menegur ada segelintir individu yang memandang rendah atau menghina orang yang sanggup beratur panjang untuk membeli makanan murah atau percuma.

” Saja nak cakap. Kalau tengok orang beratur untuk beli makanan murah, percuma dan sewaktu dengannya… Jangan pandang rendah atau menghina ya!!!”

b

” Bagaimana boleh terfikir perkataan ‘kebulur’, ‘lahap’, ‘sengkek’, ‘hadap sangat’ dan pelbagai perkataan jelik.”

” Ada orang yang memang berjuang nak suap insan-insan di rumah. Ada yang mencatu makanan. Ada yang meminjam… asalkan perut anak-anak terisi.  Kalau kaya sangat, buat diam sajalah. Tak perlu berkata sesuatu yang menyakitkan hati,.”tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikut instagramnya menyokong apa yang dikatakan Fedtri, malah berterima kasih kepada syarikat makanan tersebut sebab mengadakan promosi sedemikian.

b

Untuk makluman, Fedtri Yahya atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri bin Yahya dilahirkan pada 2 Ogos 1981. Beliau berkahwin dan mendirikan rumah tangga dengan Nurul Anati Ismail pada 2011. Melalui perkahwinan yang dibina, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain dikenali sebagai pengacara TV, penulis lirik dan kini berjinak-jinak dunia penyiaran radio, Ahmad Fedtri juga merupakan seorang penulis buku.

Antara buku yang pernah dihasilkan ialah Kezaliman Cinta, Mahkota Kiasan, Haruman Puisi Cinta & Coconut Shake Satu dan Pantun Penyeri Pengantin.
Iklan

Sementara sebagai penulis lirik, Ahmad Fedtri pernah dinobatkan sebagai lirik lagu terbaik untuk lagu Mikraj Cinta, Kasih Padamu dan Pahlawan Zafana dan terbaharu Coretan Pilu yang menjadi lagu runut bunyi drama Ayahanda di TV3.

Antara kejayaan lain ialah merangkul Anugerah Majalah Terbaik: Sahabat Backpackers dan Anugerah Suntingan Terbaik (Mana Kawan Adik) menerusi Anugerah Skrin 2019 serta Rancangan Bual Bicara Terbaik MHI (Anugerah Skrin 2014).

Komen Wargamya:

b

Betul tu..

b

Sumber : Instagram Fedtri Yahya

Check Also

Diser4ng s4wan berulang kali, bapa maklum keadaan Ainul Mardhiah semakin teruk – “Perit tak terucap bila tengok..”

Umum sedia maklum, bahawa sebelum ini keadaan adik Ainul Mardhiah yang dilaporkan tenat akibat jangkitan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.