“TQ jururawat yg Beri pesanan pd shuib..mesti ramai nak kenal pd nurse tu..TQ shuib sebab Beri pesanan kepentingan vaksin..pleaselah pd semua diluar Sana..amb vaksin..patuh SOP..Covid itu benar seperti benarnya kematian itu..” – netizen prihatin

KETIKA keluarga Siti Sarah masih berduka atas pemergiannya, abang kepada penyanyi itu iaitu Ahmad Firdous Raisuddin pula dikhabarkan sedang bertarung melawan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 di Hospital Serdang, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya pada Selasa malam.

Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.

Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.

“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.

“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.

Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.

“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.

“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,” katanya.

Sementara itu Shuib turut berkongsi berita gembira apabila dia bakal bertemu anak keempatnnya yang diberi nama Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia.. tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

“Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,” ujarnya.

Allahyarhamah Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka melalui pembedahan tanpa sedar kira-kira pukul 5 petang, Jumaat lalu.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.