Iman Troye Tampil Menjelaskan Spekulasi Tunangan; “Saya & Naim Daniel Memang Macam…”

Penyanyi Iman Troye tampil membuat kenyataan berikutan spekulasi pertunangan dengan Naim Daniel sejak menyiarkan gambar atas pelamin di Instagramnya malam tadi.

Menurut Iman, semalam merupakan hari pertunangan abang dan bakal kakak iparnya. Iman kelihatan comel dan manis berbaju kurung hijau sambil memegang sejambak bunga sambil duduk di atas pelamin dan meninggalkan emoji simbol hati pada gambar yang dimuat naik.

Perbuatannya itu membuat warganet menyangka penyanyi berkenaan telah disunting atau bertunang dengan Naim Daniel setelah dia memasukkan nama Naim sekali.

Penyanyi lagu Teman berkenaan mengakui bahawa telah memberitahu Naim sebelum berkongsi foto tersebut. Jelasnya, perkara itu dilakukan hanya sebagai gurauan semata-mata.

a

“Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar saya bertunang. Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, saya ada hantar dulu kepada dia.

“Maaf jika mengganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang ter4sa, niat memang hanya nak balas gu.rauan sahaja, sebab sebelum ini pun kita ada gurau-gurau,” katanya kepada Gempak.

a

Dalam pada itu, Iman juga menyifatkan hubungannya dengan penyanyi lagu Sumpah itu tidak lebih dari seorang abang dan adik.

“Supporters pun faham itu hanya gu.rauan, Iman dengan Naim memang macam adik dan abang, tak lebih tak kurang, tak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut.

Menerusi tinjauan Gempak, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman.

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.