Connect with us

#news

Tugas terakhir untuk negara, anggota operasi Op COVID-19 meninggal dunia

Published

on

Sejak penularan wabak Covid-19 semakin meningkat, kesemua anggota keselamatan, termasuk pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia telah dikerahkan untuk menyertai operasi Op COVID-19.

Tidak dapat dinafikan, pemantauan pergerakan seharian rakyat yang berada di luar bukanlah satu tugas yang mudah dan ianya amat memenatkan.

Tugas terakhir utk negara

Terbaru, berita dukacita diterima apabila seorang anggota polis dari Kepala Batas, yang sedang menjalakan operasi Op COVID-19, tiba-tiba rebah semasa bertugas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata, anggota tersebut dikenali sebagai Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi, selepas tiga hari menerima rawatan.

Pramugari ada simptom COVID-19 yang didakwa melarikan diri, sudah serah diri di hospital

Sabtu lalu, arwah didapati tidak sedarkan diri sebelum mengadu mengalami kebas kaki, tangan dan sakit kepala dan segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Difahamkan, arwah meninggal disebabkan tekanan darah tinggi dan bukanlah akibat daripada jangkitan virus Covid-19.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading

Trending