Connect with us

#celeb

Tular lelaki OKU duduk ditangga rumah terbakar, Ebit Lew datang beri rumah baru

Sejak semalam, tular di media sosial foto seorang lelaki kelainan upaya (OKU) duduk ditangga rumahnya yang hangus terbakar di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ebit Lew dah sampai

Susulan daripada itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang pagi tadi baru sahaja menaiki pesawat ke Kelantan telah datang bertemu dengan remaja tersebut bagi memberikan bantuan diatas kesulitan yang menimpa dirinya.

Alhamdulillah. Bantu rumah adik terbakar di Pengkalan Chepa. 2 beradik ni tadi menangis cakap terima kasih. Ulang kali….

Posted by Ebit Lew on Wednesday, February 10, 2021

Beri motosikal roda tiga buat abang

Dalam pertemuan tersebut, Ebit Lew telah memberikan sumbangan motosikal roda tiga kepada pemuda tersebut selepas motorsikal yang digunakan sebelum ini terbakar bersama rumah yang diduduki bersama adiknya yang menghidap sindrom down dan buta.

Beliau juga akan membantu membayar kontraktor membina semula rumah baharu buat adik-beradik ini dan sudah membayar sepenuhnya rumah yang akan dibina tersebut.

Tular lelaki OKU duduk ditangga rumah terbakar, Ebit Lew datang beri rumah baru

Ramai yang turut sama membantu

Selain daripada itu, ustaz turut berterima kasih kepada penduduk kampung, keluarga dan pihak-pihak yang sama-sama tampil memberri bantuan awal kepada adik-beradik berkenaan selepas mereka ditimpa musibah.

Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh sepupu kepada mangsa kebakaran yang menularkan kisah sedih ini semalam.

alhamdulillah …syukur …hamba allah xputus2 datang membantu saudaraku disebalik ujian ada rahmat

Posted by Aniq Shamimi on Wednesday, February 10, 2021

Terima kasih jgk buat YB USTAZ FATHAN kerana antra org yg terawal bg bantuan kebakaran kmarin..dan juga MAIK kelantan yg…

Posted by Aniq Shurfati on Wednesday, February 10, 2021

 

Menerusi gambar yang tular semalam, pengguna Facebook dikenali sebagai Aniq Shurfati telah memuat naik gambar sepupunya yang mempunyai masalah penglihatan dan sindrom down duduk ditangga rumah yang dihuninya tanpa mengetahui bahawa rumah tersebut sudah musnah dijilat api.

Ia tular di media sosial sehingga mendapat perhatian banyak pihak kerana hiba melihat situasi menyedihkan itu.

Ni spupu aniq hok OKU.. Dy cacat penglihatan.. Hanyo tnggo dgn bilik air jah hok ad.. Sedih dy rumoh terbakar 🥺 .Ni pom dy jale sndri duduk kat tanggo.. Dy ingt rumoh dy ad lgi

Posted by Aniq Shurfati on Monday, February 8, 2021

Sumber: Ebit LewAniq Shurfati

Trending