“Siapa Sahaja Boleh Berlakon, InshaAllah Saya Bersama Anda” – Firdaus Wong Beri Sokongan Buat Caprice

Kontroversi melibatkan penyanyi rap dan usahawan Caprice yang kini sedang menjadi tular di laman sosial berikutan kenyataannya yang didakwa seperti tidak berpuas hati dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, isu membabitkan penyanyi rap dan usahawan itu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjadi semakin rancak apabila Pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung nampaknya menyatakan sokongan terhadap Caprice.

Firdaus menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam berkata, beliau tahu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, tabah menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat.

Beri kata2 semangat dan tunjuk sokongan

Beliau turut menasihati Caprice bahawa sesiapa sahaja boleh berlakon di dunia ini.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” katanya.

Firdaus turut memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram dan Insta Story Caprice yang mendakwa mahu membongkar apa yang berlaku ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

I know @capriceofficial is strong to face the backlash. InshaAllah Im with you. 💪🏼💪🏼💪🏼 Amar makruf nahi mungkar.Di…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung – Official on Thursday, July 15, 2021

Dalam hantaran berbeza, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

“Prinsip kami, yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah tanpa mengira siapa pun mereka.Itu prinsip saya dan MRM, orang tak suka kita tak mengapa. Yang penting keredhaan Allah bukan manusia.

“Adakala terpaksa melawan arus dan tokoh popular demi prinsip amar makruf nahi mungkar. La La Hawla Wala Quwata illah billah,” katanya.

Berpegang prinsip berlandaskan Al-Quran & Sunnah walau dicaci

Prinsip kami;- “Yang betul tetap betul & yang salah tetap salah tanpa mengira siapa pun mereka.”Itu prinsip saya &…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung – Official on Friday, July 16, 2021

Sementara itu, Firdaus memaklumkan bahawa dia lebih memilih untuk bertindak jujur dan mengikuti prinsip hidup sendiri berlandaskan Al-Quran dan Sunnah walaupun mungkin akan dicaci dan dihina kerana bertentangan pendapat dengan netizen tentang figura terkenal tanah air.

Sesuatu yang tak disangka… Seringkali mendatangi kita.. Itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung – Official on Friday, July 16, 2021

Posting Firdaus ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menurut netizen, mereka tidak kisah seandainya pendakwah tersebut mahu menyokong Caprice.

“Pada saya ini bukan isu siapa salah siapa betul. Kalau kita terlalu taksub memang tak akan nampak pencerahannya. Lapangkanlah dada untuk menerima. Lagipun, di Gaza itu pun saudara kita juga. Tidakkah kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan mereka?,” kata Abdullah Mohd.

“Rasanya tak perlu kot sebagai orang agama yang menjadi idola orang ramai untuk terlibat dalam isu yang belum nampak degan jelas. Tiba-tiba dengan yakin terus buat sokongan secara terbuka. Hati-hati,” kata Burn Abu Bakar.

Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusian itu.

Namun begitu, sebagai masyarakat di Malaysia, mereka berharap Firdaus dapat memberi nasihat kepada Caprice supaya tidak bergaduh mengenai bantuan kepada penduduk di negara luar tatkala negara kita sendiri sedang menghadapi kemelut Covid-19.

Sumber: Facebook Firdaus Wong OMM

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.